,
Laman Utama

"Stay Humble, Jauhi Orang Toksik” - Jadi Juara GV8, Aaron Aziz Luah Rasa Bangga Pada Aliff Aziz

Azwa Rahman
24/01/2022
03:58 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa bangganya terhadap penyanyi Aliff Aziz di atas pencapaiannya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).
Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 46, dia menitipkan pesan agar Aliff terus mengamalkan sikap merendah diri meskipun sudah bergelar juara.
Menerusi laman sosial Instagram, hero filem aksi KL Gangster itu berkongsi luahannya untuk tatapan umum.
“Tahniah adik, abang am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but untuk isteri dan anak-anak jugak.
“Ingat pesan abang dalam DM (mesej langsung) conversation kita. Don't look back just forward barulah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki bukan untuk diri kita sebagai suami dan ayah tapi untuk keluarga.
“Alhamdulillah, Allah naikkan you dan memberkati mu dengan this great comeback. Stay humble always and stay away from toxic people,” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Pada malam penuh debaran malam tadi, Aliff menewaskan Nikki Palikat di tempat naib juara, Suki Low di kedudukan ketiga dan Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera di tangga ke 4,5 dan 6.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat rezeki Aliff menerima hadiah wang tunai RM100,000 adalah kerana perubahan dirinya selepas menyertai jemaah tabligh.
“Dia berubah, Allah bagi rezeki,” komen seorang wargamaya.
“Nasihat terbaik Aaron. Tahniah Aliff. You both make us (Singaporean) proud,” ujar seorang wargamaya.
“Dulu mati-mati ingatkan Aaron Aziz dengan Aliff Aziz ni adik-beradik,” usik seorang wargamaya.
“Alhamdulillahhh Aliff, rezeki tak pernah salah alamat, syukur,” kata seorang wargamaya.
“Rezeki Allah bagi bila kembali ke jalannya,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 32,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

gempak
16/08/2024
04:59 MYT
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.