,
Zon Lawak

SS Superstar: Ali Puteh Tersingkir Sebelum Hari Persandingan

Ahmad Shah
23/09/2016
20:45 MYT
Ahli kumpulan Monyet Mafia, Ali telah disingkirkan di pentas suku akhir Super Spontan Superstar (SS Superstar) yang berlangsung pada malam Jumaat.
Lebih menyedihkan, Ali yang juga pelawak dari kumpulan Puteh itu terpaksa menamatkan perjalanannya sebelum bersanding dengan isterinya Melati Fitri Abdullah, 26, hari ini (Sabtu).
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 27, dan Melati telah diijabkabulkan pada 28 Mei lalu dan dijadualkan melangsungkan persandingan (sebelah pengantin lelaki) di Batu 10, Gombak.
Walaupun tersingkir, Ali dilihat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan telah mengucapkan terima kasih kepada produksi SS Superstar menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG)nya selepas program tersebut tamat.
Dalam pada itu, pelawak Abam Bocey yang juga abang kepada Ali dari kumpulan Harimau Hipster turut memberikan kata-kata semangat di ruangan komen entri yang dimuatnaik Ali.
Minggu separuh akhir SS Superstar menampilkan pelakon terkenal Ida Nerina sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki. Sementara itu tinggal empat lagi ahli Harimau Hipster iaitu Ozlyn, Fad, Abam dan Tauke akan berentap menentang Johan, Altimet, Kamal Adli serta Achey dari kumpulan Monyet Mafia di peringkat Separuh Akhir pada minggu hadapan. SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’. Program lawak paling ‘stailo’ ini juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134). Klik pautan ini untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Super Spontan Superstar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MLS4: Tiada Kecaman & Tekanan, Ali Puteh Kembali Beraksi Di Pentas Komedi - “Saya Masuk Ini Tanda Hadir…”

gempak
13/09/2024
13:55 MYT
Kembali ke pentas komedi, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar 4 tiada tekanan seperti sebelum ini.
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...
Hiburan

Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

gempak
21/02/2024
04:30 MYT
Alamak adik pula tiba-tiba masuk campur.
Hiburan

Didakwa Guna Duit Orang Buat Berniaga, Ali Puteh Ajak Wanita Buat Fitnah Bersemuka! - “Jumpa Atau Saya Buat Laporan Polis”

gempak
29/01/2024
07:55 MYT
Ali Puteh ajak bersemuka.