,
Laman Utama

SPRM Jalankan Siasatan Terhadap Aman Palestin, Dakwa Seleweng RM70 Juta

Gempak
23/11/2023
06:00 MYT
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin didakwa telah melakukan jenayah penyelewengan wang dana yang disumbangankan oleh orang ramai.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain berjumlah RM15,868,762.

BERITA TRENDING: Tidak Takut Diboikot, Lee Young Ae Derma RM200,000 Pada Palestin

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.
"Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujar pihak SPRM.
SPRM turut mendedahkan penyelewengan dianggarkan RM70 juta bagi tujuan lain selain daripada mencapai objektif penubuhan syarikat tersebut menerusi keterangan beberapa saksi penting.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki melaporkan SPRM telah meneliti dokumen pengumpulan dana untuk rakyat Palestin daripada NGO tersebut.
Sekadar info, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin telah menghantar surat pada 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) supaya tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin di premis agama Islam negeri itu.
Hal itu difahamkan kerana keraguan yang timbul berkaitan pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.