gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kongsi Foto Ilustrasi Aneh & Gambar IG Jadi Hitam, Peminat Bimbang Dengan Lee Zi Jia - “Saya Doa Pada Tuhan Agar…”
HIBURAN
Adam Lee Hanya Ada Seminggu Untuk Dalami Watak Taufiq Dalam ’Di Sebalik Reda’ - “Saya Memahami & Mengenali…”
VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

SPM Diteruskan Hari Ini, Ribuan Calon Terjejas Banjir

Awani
Awani
02/12/2024
01:30 MYT
Sponsor Banner
SPM Diteruskan Hari Ini, Ribuan Calon Terjejas Banjir
Hari ini akan berlangsung ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan.

Ujian Bertutur Diteruskan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan demikian selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ujian bertutur akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis. Selepas ujian bertutur Bahasa Melayu, ujian amali Sains pula akan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember ini.
Kemudiannya, ujian bertutur Bahasa Inggeris akan berlangsung pada 16, 17, 18, dan 19 Disember.
Manakala ujian mendengar Bahasa Melayu dan ujian mendengar Bahasa Inggeris kedua-duanya pada 31 Disember.
Ini disusuli peperiksaan bertulis yang akan berlangsung pada 2 Januari hingga 6 Februari 2025.
KPM sahkan, seramai 5,377 calon SPM 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir kali ini.
Calon paling ramai terjejas ialah di Kelantan dengan 3,111 orang, Terengganu (1,734 orang) dan Kedah (532 orang).
KPM berkata, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
#SPM
#Banjir
#Diteruskan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement