gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Luluh Hati! Sembilan Anak Doktor Korban Baharu Di Gaza
VIRAL
Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda RM3,000!
HIBURAN
Fahrin Ahmad Kongsi Berita Sedih Kehilangan Ayah Tercinta - “Hati Terlalu Rapuh”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Spekulasi Terjawab, Pempengaruh Chazynash Sahkan Sudah Bercerai - “Dalam Hal Ini,Saya Yang Bersalah”

gempak
Umirah Halim
25/05/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Spekulasi Terjawab, Pempengaruh Chazynash Sahkan Sudah Bercerai - “Dalam Hal Ini,Saya Yang Bersalah”
Selepas timbul pelbagai spekulasi di media sosial sejak kebelakangan ini, personaliti media sosial, Chazynash, tampil mengesahkan bahawa dia telah bercerai secara rasmi dengan isterinya, Fatin Morat.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, memaklumkan bahawa dia dan Fatin telah berpisah secara baik pada 23 Januari lalu.
View this post on Instagram
A post shared by Chazynash (@chazynash)
“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan Fatin. Memandangkan cerita semakin meleret dan timbul pelbagai spekulasi, kami terpaksa bersuara. “Sebenarnya, kami berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan. Tapi untuk elak salah faham, kami ingin maklumkan bahawa kami telah berpisah secara baik (divorced) pada 23 Januari 2025,” jelasnya.
Dalam pada itu, Chazynash turut mengakui kesalahan berpunca daripadanya, dan menyifatkan perpisahan itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
“Jodoh kami tidak panjang. Kami sepakat untuk bawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah.” katanya.
Walaupun hubungan suami isteri telah berakhir, Chazynash menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap baik demi kebajikan anak-anak.
“Kami masih berhubung dan berjumpa jika perlu. Saya masih menjaga anak-anak seperti biasa, cuma kami tidak tinggal sebumbung.
Tiada pertengkaran, tiada perebutan hak jagaan. Semua kami urus secara baik.” tulisnya lagi.
Chazynash turut memohon agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi liar, termasuk mengaitkannya dengan isu lain yang tidak berkaitan.
“Ada yang sampai kaitkan saya dengan kes CEO Batu. Tolonglah, cukup-cukuplah. Hormatilah privasi kami.” ujarnya.
Sebagai penutup, Chazynash mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak selama ini, dan berharap agar berita ini tidak disensasikan secara berlebihan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video