HIBURAN
Spekulasi Jet Peribadi Terjawab, Aliff Syukri Dilantik Sebagai Duta Emas - “Belum Mampu Beli Jet Lagi…”
Selepas timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai jet peribadinya, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya terjawab selepas tampil memberikan penjelasan sebenar.
Dilantik sebagai duta emas
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Aliff menjelaskan jet peribadi itu bukan miliknya, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada sesi penggambaran untuk kempen jenama emas yang diwakilinya.“Alhamdullilah, inilah maksud tersirat video jet yang papa dan mama nak kongsi kat korang haritu. Papa dan mama bersyukur sangat dilantik menjadi duta rasmi Kedai Emas @sitijewelsmy,” jelasnya ringkas.
Belum mampu miliki jet peribadi
Bagaimanapun menurut Aliff, walaupun masih belum berkemampuan untuk memiliki jet peribadi, namun dia tidak menafikan impian tersebut mungkin tercapai suatu hari nanti.“Papa nak pesan, kalau ada duit lebih, melaburlah dengan beli emas. Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan kami.“Kami belum mampu beli jet lagi buat masa ni, insya-Allah satu hari nanti.
“Papa dan mama pun mendoakan kejayaan korang, Amin,” kongsinya.
Terdahulu, Aliff mendakwa berjaya memiliki jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.
Must-Watch Video