,
Hiburan

Spekulasi Jadi ‘Kambing Hitam’ Polis Kes Dadah, Mayat Lee Sun Kyun Dibakar Hari Ini

Maliah Surip
29/12/2023
13:55 MYT
Kematian aktor Lee Sun Kyun sangat mengejutkan peminat dan dunia hiburan Korea Selatan.
Bintang filem Parasite itu ditemui tidak bernyawa di sebuah tempat letak kereta. Dia disyaki membunuh diri selepas pihak berkuasa tempatan menemui arang di dalam keretanya.

BERITA TRENDING: #OhDaebakEksklusif: Lee Sun Kyun Tentang Kingmaker, Tekanan & Lakonan Hebat

Susulan kematiannya pada usia 48 tahun, media terkenal Despatch melaporkan Sun Kyun yang sedang berdepan dengan penyiasatan kes penyalah gunaan dadah telah menjadi ‘kambing hitam’ skandal yang menggaitkan beberapa individu berpengaruh termasuk pengurus terkenal dunia hiburan tempatan bernama Kim.
“Lee Sun Kyun menjadi ‘kambing hitam’ untuk ‘Kim’ dan menyelamatkan kelonggaran penyiasatan pihak berkuasa Incheon yang perlu membuktikan ‘sesuatu’ dalam kes ini,” bunyi kenyataan yang dikeluarkan Dispatch seperti dilaporkan AllKPop.
Kenyataan tersebut bagaimanapun menerima pro dan kontra malah pihak berkuasa menafikan sekerasnya tentang dakwaan tersebut dengan menyifatkan penyiasatan yang dijalankan mengikut prosuder seperti biasa.
Sementara itu pihak agensi memaklumkan jasad Sun Kyun akan dibakar hari ini di Buan-gun, North Jeolla Province dengan dihadiri keluarga dan dijalankan secara tertutup.

BERITA TRENDING: Pelakon Parasite, Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

Agensi malah merayu kepada peminat agar berhenti hadir menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada aktor kesayangan mereka itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis Korea

Pelakon Parasite, Lee Sun Kyun Meninggal Dunia, Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Kereta

gempak
27/12/2023
03:35 MYT
Takziah buat keluarga mendiang.
Artis Korea

#OhDaebakEksklusif: Lee Sun Kyun Tentang Kingmaker, Tekanan & Lakonan Hebat

gempak
07/06/2022
14:45 MYT
Lee Sun Kyun ni kalau berlakon memang best!