,
Laman Utama

"Sorry Girl, PakNil Pun Mungkin 'Terjudge' You Sebelum Ini..." - Datuk Aznil Mohon Maaf Pada Sharifah Sakinah

Badrul Hashim
18/03/2021
08:45 MYT
Bicaranya mampu melembutkan hati yang keras. Bukan sekadar bijak berbicara, namun dia juga adalah seorang pendengar yang setia. Itulah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Melihat beliau sebak ketika berkongsi sedikit daripada program bual bicara terbaharu 'Hard to Heart' bersama Sharifah Sakinah di Instagram miliknya, Gempak mengambil peluang untuk bertanyakan jiwa dan rasa pengacara yang disegani itu apabila mengendalikan program bual bicara tersebut.
"Ada rasa berdebar sebab saya akan menemubual personaliti mengenai soalan yang mungkin terlalu peribadi untuk mereka kongsikan secara terbuka.
"Saya tidak mahu soalan itu ditanya dalam bentuk provokatif tetapi lebih suka ia lebih berbual hati ke hati. Saya rasa sangat terharu apabila kesemua tetamu yang datang memberitahu saya bahawa mereka bersetuju sertai bual bicara ini kerana saya pengendalinya.
Saya sangat terharu dan berterima kasih," terang Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan PakNil.
Tambah PakNil, rancangan 'Hard to Heart' sangat berbeza daripada program bual bicara yang pernah dikendalikannya kerana dia lebih bertindak sebagai seorang abang atau ayah.
"Perkongsian mereka tak nampak kaku dan saya sendiri sangat menjaga perkataan agar saya lebih disenangi.
"Program ini juga tidak disediakan soalan khusus jadi tetamu berborak ikut keselesaan mereka. Dari perbualan itu muncul soalan ingin tahu dari saya," jelas PakNil.
Ditanya tentang pengalaman yang dikutip sendiri daripada program tersebut, ini penjelasan PakNil.
"Program ini banyak mengajar saya tentang menjaga aib orang. Saya tidak mahu mendesak jika mereka tak selesa.
"Saya tidak mahu ia diperkatakan kerana menjadi kontroversi tetapi lebih suka ia menjadi pengajaran," kata PakNil.
Datuk Aznil juga memohon agar penonton dan peminat supaya tidak membuat penilaian terlalu awal terhadap cerita-cerita kontroversi yang melanda artis.
"Kita jangan menilai seseorang terlalu awal atas cerita kontroversi yang melanda mereka.
"Kita beri ruang kepada personaliti utk membuat pencerahan dan kita pinjamkan telinga kita untuk mendengar. Saya juga buat silap dalam menilai mereka dan program ini juga mengajar saya," kata Datuk Aznil kepada Gempak mengakhiri bicara.
Rancangan bual bicara 'Hard to Heart' akan mula bersiaran pada setiap malam Khamis bermula pada malam ini, 18hb Mac, 2021, pukul 11 malam di saluran Astro Ria dengan selebriti jemputan pertama, Sharifah Sakinah.
Selain daripada Sharifah Sakinah, selebriti lain yang turut menjadi jemputan adalah Nabila Huda, Bella Astillah dan Aliff Aziz serta Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dari Model Kepada Pelakon & Penyanyi, Lee Sung Kyung Kini Pengacara Rancangan Starlight Boys Pula!

gempak
29/08/2024
18:52 MYT
Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.