HIBURAN
Sophia Albarakbah Mahu Lelaki Pemurah, Sedia Tamatkan Zaman Bujang – “Dia Kena ‘Ngam’ Dengan…”
Pelakon Sophia Albarakbah, 32, bersedia melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu jodoh yang tepat.
Kongsi Sophia, dia menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh empat tahun lagi.
“Kalau nak bercakap sudah sedia atau tidak, saya okay saja. Tapi bila nak berkahwin itu saya tak tahu.
“Saya sasar mungkin umur 35 atau 36.
“Keluarga saya okay saja, mereka juga tak kenenkan dengan sesiapa,” katanya kepada Gempak.
Namun, bagi Sophia, dia lebih memilih untuk hidup solo daripada berkahwin atas desakan orang lain, kerana ia adalah hak peribadi yang tidak boleh dikompromi.
“Saya takkan kahwin dengan pilihan orang lain (keluarga). Akhirnya, saya yang kahwin dengan seseorang itu, bukan orang lain.
“Ibu saya tahu dengan siapa saya berkenalan sebelum ini, ibu bapa saya jenis yang mereka kena tahu siapa saya berkenalan.
“Tapi apa yang saya boleh cakap, naluri atau pendapat seorang ibu sangat betul mengenai pasangan kita. Firasat ibu saya memang betul,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sophia turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya iaitu menginginkan lelaki yang pemurah.
“Lelaki itu kena ‘ngam’ dengan keluarga dan tak semestinya perlu kaya sangat.
“Ia beza seorang kaya dengan pemurah, contoh lelaki kaya sangat tetapi kedekut, takkan jadi.
“Sekarang fokus saya adalah kerjaya dan saya percaya jodoh akan tiba juga nanti,” tutupnya.
Must-Watch Video