,
Laman Utama

Sophia Albarakbah Komen Putus Cinta Dengan Mr. Doktor - "Doakan Saya Dapat ..."

Mya Amri
01/09/2023
08:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah, 30, enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan putus cinta dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr Doktor.
Bagaimanapun, Sophia berharap dirinya dipertemukan dengan lelaki yang baik.
“Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik itu sahaja. Saya okay, sekarang saya sibuk bekerja dan bakal ada filem yang akan menyusul.
“Kehidupan saya macam biasa, sama sahaja seperti sebelum ini.
“Saya terbuka sahaja, apa apa pun kami masih lagi kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja,” katanya
Sophia ditemui media pada majlis Hari Merdeka bersama Viu Lokal Lah bertempat di Lalaport, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mengulas mengenai kerjaya, Sophia berkata dia akan muncul dengan drama terbaharu berjudul From Saga With Love.
“Saya membawakan watak Bianca dan bergandingan dengan Siti Khadijah, Fimie Don dan Ikmal Amry.
“Sebenarnya kami semua baru pertama kali bekerjasama dan tak pernah bertemu pun sebelum ini.
“Tapi bila sudah masuk set penggambaran, kami macam dah jadi kawan baik dan saya sangat gembira dengan keserasian kami ketika bekerja,” ujarnya.
Terdahulu, kisah cinta Sophia dan kekasihnya itu heboh diperkatakan sekali gus mencuri perhatian ramai.
Malah, pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu juga lebih terbuka berkongsi kisah cinta mereka termasuk membawa kekasihnya itu menemaninya ke pelbagai acara hiburan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.