,
Laman Utama

Sooka Super Series Volleyball Dah Final! Shah Alam City Selangor Lions Vs Sabah Rhino, Siapa Yang Menang Ni?

Mya Amri
06/11/2022
06:15 MYT
Setelah sebulan sooka Super Series Volleyball berlangsung, liga bola tampar ini akan melabuhkan tirainya dengan perlawanan akhir malam nanti.
Liga bola tampar yang dianjurkan oleh sooka dengan kerjasama Malaysia Volleyball Association (MAVA) dan Astro Arena akan bakal bakal menobatkan juara sulungnya dalam acara yang penuh gilang gemilang.
Menurut Ketua Rancangan sooka, Emarina Kamal, pemilihan bola tampar sebagai sukan pertama yang dipertandingkan dalam sooka Super Series ini dibuat berdasarkan potensi dan kehendak penonton untuk melihat aksi sukan ini dipertandingkan.
“Kami mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pemain dan penonton yang memuji penganjuran liga ini yang dikatakan bertaraf dunia.
“Ada juga yang membandingkan ini setaraf dengan VNL, iaitu liga bola tampar terbesar di dunia. Kami amat berbangga dengan respon positif yang diberikan.
“Semoga dengan penganjuran ini dapat meletakkan batu aras yang tinggi untuk penganjuran acara sukan akan datang.
“Kami sudah dihubungi oleh pelbagai badan sukan yang berminat untuk berkolaborasi untuk penganjuran sooka Super Series yang seterusnya,” jelasnya.
Tujuh pasukan terbaik dari seluruh Malaysia dipilih untuk bertanding, bersama satu pasukan jemputan dari Indonesia untuk bersaing di dalam liga selama 3 minggu.
Kini dua pasukan bakal merebut gelaran juara dalam Perlawanan Akhir sooka Super Series Volleyball 2022 iaitu Shah Alam City Selangor Lions menentang Sabah Rhino.
Tambah Emma lagi, dia berharap penganjuran ini dapat menarik minat orang ramai untuk menonton aksi sukan tempatan.
“Harapan kami agar lebih ramai penonton berminat untuk menonton serta menyokong aksi sukan tempatan.
“Seterusnya memberikan suntikan semangat kepada atlet kita untuk bertanding dan mengharumkan nama negara di kejohanan bertaraf dunia di masa akan datang,” ujarnya.
sooka Super Series Volleyball turut menerapkan elemen-elemen persembahan hiburan setiap minggu dengan menampilkan persembahan artis-artis popular tanah air untuk memeriahkan setiap perlawanan.
Sempena dengan perlawanan akhir ini, penonton bakal disajikan dengan persembahan mantap 'sookaBowl' daripada Dolla, De Fam dan Aisha Retro sambil diiringi oleh pasukan sorak dan brassband.
Siaran Langsung Perlawanan Akhir SSSVB boleh ditonton di aplikasi sooka secara percuma malam ini jam 8.00 malam, atau tekan link dibawah untuk menonton. Majulah Sookan Untuk Negara!
Klik link dibawah untuk menonton.
https://links.sooka.my/aYsoRSShZ6VPPwwd7
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Layak Ke Final, Farhan Mustapha Dedah Nama Peserta Yang Mampu Beri Saingan – “Saya Sebut Tiga Nama, Antaranya…”

gempak
09/09/2024
08:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha tidak menyangka namanya menjadi juara pada minggu separuh akhir sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Gimme The Mic Malaysia.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.