,
Hiburan

Soo Wincci Kongsi Keputusan SPM di IG, Inspirasi Buat Calon SPM & STPM

Ahmad Shah
08/11/2016
13:33 MYT
Penyanyi Soo Wincci telah memuat naik foto keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) miliknya di laman sosial Instagram (IG) pada Ahad lepas.
Foto tersebut dimuat naik Soo Wincci bertujuan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada calon peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ynag bermula semalam (Isnin).
Menerusi entri tersebut, Soo Wincci telah menulis: Ini khas untuk semua pelajar SPM & STPM, buat pertama kali saya share sesuatu yang amat peribadi, jadi tolong buat lebih baik daripada saya, tumpukan perhatian, jangan Takut atau berputus asa, hanya perlu berusaha & menikmati proses. (This is specially dedicated To All SPM & STPM students , it's my first time sharing something so Private, So Please Excel Me & Do Better Than Me , I Will Pray Hard For U all , So just concentrate & don't give up even till the last min & enjoy the process)
Sementara itu pengikut Soo Wincci di IG rata-rata memuji dan menjadikan penyanyi dan pelakon tersebut sebagai idola dan inspirasi mereka.
Tahun ini, seramai 434,535 calon berdaftar dijadualkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung bermula Isnin sehingga 6 Disember depan.
Soo Wincci baru-baru ini telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Soo Wincci turut sudah mula menggunakan gelaran Doktor (Dr) selepas majlis graduasinya tamat.
Pada majlis tersebut, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

I Am Not Stupid 3: Bila Mak-Mak Terlampau Obses Dengan Keputusan Peperiksaan Anak, Natijahnya ...

gempak
04/07/2024
14:45 MYT
Francais filem I Am Not Stupid memasuki edisi ketiga, mengangkat tema tekanan sistem pendidikan dan bagaimana tekanan itu mampu mencetuskan ketegangan dalam institusi kekeluargaan.
Berita

Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”

gempak
29/05/2024
02:42 MYT
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Viral

Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!

gempak
28/05/2024
02:55 MYT
Selepas kejayaan anaknya, Mohd Faris memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan sensasi, Kak KM membuat hantaran di media sosial menunjukkan hadiah yang diberikan kepada puteranya hasil daripada usaha cahaya matanya itu dalam bidang akademik.
Berita

Lebih 11,000 Calon Peroleh Gred Cemerlang SPM, Catat Rekod Lebih Baik Berbanding Tahun Sebelumnya

gempak
27/05/2024
03:25 MYT
Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Hiburan

“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

gempak
26/04/2024
09:34 MYT
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat