,
Laman Utama

Song Joong Ki Dedah Gambar Jari Anak, Netizen Pula Puji Bentuk Kuku Bayinya Yang Cantik

Izwan Isa
15/06/2023
07:50 MYT
Pelakon drama bersiri Vincenzo, Song Joong Ki berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi pertamanya dengan peminat.
Menerusi fancafe, Joong Ki berkata dia kini berada di Itali dan kedua ibu serta anaknya berada dalam keadaan sihat.
“Hari ini, saya ingin menyapa kamu semua kerana saya ada satu lagi berita baik yang ingin saya kongsikan dahulu dengan kamu.
BACA: Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah - "Semuanya Tak Masuk Akal"
“Saya berada di Itali sekarang. Saya akhirnya bertemu dengan anak saya di Rome, kampung halaman isteri saya. Kedua-dua anak dan isteri saya berada dalam keadaan sihat. Jadi, saya menjaga keluarga saya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Dalam pada itu, Joong Ki berkata, anak yang masih belum didedahkan jantinya itu merupakan hadiah paling berharga yang pernah mereka ada.
“Saya fikir ia adalah hadiah paling berharga yang diberikan kepada kami, yang impian terbesar adalah untuk mewujudkan keluarga bahagia sepanjang hayat kami. Dan saya rasa hari yang hebat ini telah tiba berkat sokongan daripada ramai orang. Terima kasih.
“Saya akan kembali dengan kerja-kerja yang menakjubkan, bertepatan dengan status saya sebagai seorang aktor,” katanya.
Meninjau satu ciapan yang dikongsikan satu pemilik akaun, ada seorang pengguna Twitter yang memuji bentuk kuku anak kepada Joongki itu.
BACA: #OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneaker, Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore
“Masih bayi sahaja kukunya cantik betul,” tulisnya.
Ciapan berkenaan mendapat perhatian pengguna lain dan menerima lebih seribu tanda suka.
Untuk rekod, Song Joong Ki mendaftarkan perkahwinan dengan isterinya, Katy Louise Saunders, Januari lalu.
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Song Joong Ki Sakit Hati Isteri Difitnah: “Semuanya Tidak Masuk Akal!”

gempak
24/02/2023
13:53 MYT
Perasaan sakit hati itu diluahkan aktor tersebut sewaktu menjadi wajah sampul majalah GQ edisi terkini.
Artis Korea

Song Joong Ki Tamat Zaman Duda! Umum Akhirnya Dah Kahwin, Isteri Kini Hamil

gempak
30/01/2023
06:43 MYT
Tahniah Song Joong Ki.
Artis Korea

Song Joong Ki Kini Bercinta, Wanita British Jadi Pilihan Hati

gempak
26/12/2022
06:43 MYT
Sama cantik sama padan lah, congrats Song Joong Ki.
Artis Korea

#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!

gempak
11/12/2022
16:00 MYT
Patutlah ramai yang suka Song Joong Ki ni, sangat humble orangnya.
Artis Korea

Memang Power! Reborn Rich Kini Siri Mini Paling Banyak Ditonton Tahun 2022, Tinggalkan Extraordinary Attorney Woo

gempak
07/12/2022
12:30 MYT
Love Reborn Rich.