Laman Utama
“SonaOne, Joe Flizzow Ketepi Dik Kalau Dengar Dorang Melatah, Dahsyat!” – Joey Daud Komen Pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin
Pelawak dan pelakon, Joey Daud menceritakan pengalaman menjalani penggambaran bersama rakan seperjuangan yang kuat melatah dalam filem komedi Kampung Latah Kena Kuarantin.
Antara rakan yang dimaksudkan adalah Nazia Mustafar dan juga Ieda Moin.
Menurut Joey, dia amat mengagumi kehebatan mereka yang melatah berlakon kerana ia bukan satu perkara mudah untuk dilakukan.
“Mereka punya melatah kalah 16 baris, SonaOne ke Joe Flizzow ke ketepi dik kalau dengar dorang melatah, dahsyat.
“Kesian dorang koyak, penat. Mana nak melatah, mana nak ingat dialog, nak tahan gelak… Macam-macam hal mereka ni, kat lua set penggambaran pun dah gelak.
“Mereka melatah tapi berlakon power, tak lari dari asal tapi kesian sebab bila melatah dorang akan terlupa sekejap sebab terganggu.
“Melatah tu bukan sekali dua tau, boleh dikatakan setiap minit mereka melatah. Pengarah pun sampai tak tahu nak cut yang mana satu,” katanya sewaktu bersiaran secara langsung bersama Gempak di Instagram baru-baru ini.
Nampak tak betapa riuhnya Kampung Latah Kena Kuarantin ni?
Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).
Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand mulai 9 September juga.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.
Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).
Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).
Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.
Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.
Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.
Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.
Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.
Must-Watch Video