,
Laman Utama

Sonam Kapoor Tak Ada Selulit Selepas Bersalin, Ini Petua Yang Diamalkan ...

Maliah Surip
14/11/2022
20:45 MYT
Bintang Bollywood, Sonam Kapoor baru memegang status ibu selepas melahirkan anaknya pada 20 Ogos lalu.
Mengaku dalam fasa bahagia menjadi ibu, isteri Anand Ahuja ini berkongsi rutin harian bersama permata lelakinya, Vayu Kapoor Ahuja.
Menerusi perkongsiannya dalam Insta Story baru baru ini, Sonam mengatakan dia melalui fasa melahirkan dengan lancar dan cepat serta tidak mempunyai masalah dalam proses menyusukan anaknya.
Malah, aktres tersebut juga berkongsi cara bagaimana dirinya memastikan tidak akan memiliki stretchmarks atau selulit selepas bersalin.
“Saya kini menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana menempuhi masa pantang dan cuba menjawab dengan sebaiknya.
“Fasa sebelum bersalin saya mungkin sedikit berbeza. Saya memang mahu bersalin secara normal. Jadi saya mempunyai seorang pakar yang menjaga ‘perjalanan’ kehamilan sehingga saya boleh melahirkan anak secara normal dengan baik.
“Dia menggunakan banyak praktis yang kreatif dan kaedah homeopati,” kongsi Sonam seperti dilaporkan Hindustan Times.
Dia kemudian mendakwa tidak memiliki sebarang sesulit kerana mengamalkan beberapa kaedah sepanjang hamil.
Selain menggunakan beberapa produk, Sonam yang berkahwin dengan Ahuja pada 2018 memastikan dirinya meminum kolegen, pengambil pemakanan tinggi protein dan Vitamin C.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.