,
Laman Utama

Solidariti & Hormati Perang Palestin - Israel, MTV Batal Majlis: “Ini Bukan Waktu Yang Tepat…”

Maliah Surip
20/10/2023
09:16 MYT
Sebagai tanda solidariti dan menghormati perang Palestin - Israel yang masih berlarutan, anugerah hiburan berprestij tahunan, MTV Europe Music Awards dibatalkan.
MTV dijadualkan berlangsung di Paris pada 5 November depan namun penganjur, Paramount, mengumumkan pembatalan acara tersebut dengan menyifatkan sebagai bukan waktu yang sesuai untuk meraikan perayaan secara global.
“Dengan situasi (perang) yang tidak stabil, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan MTV EMA.
“MTV EMA adalah perayaan tahunan muzik global. Ketika kita menyaksikan peristiwa-peristiwa dahsyat yang terus terjadi di Israel dan Gaza, ini bukan waktu yang tepat untuk merayakannya secara global.
“Ribuan nyawa telah terkorban dan ini waktu untuk kita berkabung,” ujar perwakilan anugerah tersebut seperti dilaporkan CNN.
Penganjur juga mengatakan pembatalan tersebut sebagai langkah berhati-hati terhadap semua kru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan MTV EMA.
“Kami sangat ingin sangat berhati-hati bagi ribuan karyawan, anggota kru, artis, penggemar, dan semua yang akan melakukan perjalanan dari seluruh penjuru dunia untuk mewujudkan acara ini,” kata kenyataan sama.
Mengikut rancangan, salah seorang anggota BTS, Jung Kook dan mantan Little Mix, Leigh-Anne akan membuat persembahan pada MTV EMA.
Sementara barisan artis seperti Doja Cat, Miley Cyrus, Olivia Rodrigo, SZA, Taylor Swift dan Nicki Minaj menjadi calon-calon dalam kategori masing-masing.
Paramount dalam kenyataannya juga mengatakan MTV EMA akan diadakan pada November 2024.
Sekurangnya 3,700 nyawa tidak berdosa telah melayang kerana keganasan yang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Gaza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Berita

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

gempak
28/08/2024
23:25 MYT
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.