,
Nusantara

'Snow On The Sahara', Lagu Anggun Jadi Realiti

Amri Hassan
11/01/2018
13:14 MYT
Fenomena cuaca ekstrim mengejutkan dunia apabila gurun paling panas dunia, Gurun Sahara diliputi salji.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berseloroh tentang keajaiban alam itu dengan judul lagu Anggun, Snow On The Sahara.
Blogger terkenal Hollywood, Perez Hilton misalnya mengakui fenomena sajli di Gurun Sahara seperti mengiyakan lagu Anggun yang diterbitkan tahun 1997.
"Salji di Gurun Sahara! Sudah tentu saya akan teringatkan kamu!" tulis Perez di Twitternya semalam.
Anggun membalas kenyataan Perez dengan bersetuju atas kejadian yang berlaku.
"Saya akan memikul tanggungjawab sepenuhnya," tulisnya diikuti emoji senyum.
Kejadian salji di Gurun Sahara bukan kali pertama belaku tahun ini.
Tahun 1979 dan 2016 pernah menyaksikan kejadian sama berlaku di gurun tersebut.
Menurut laporan antarabangsa, peristiwa itu berlaku disebabkan tekanan tinggi di bahagian Afrika Utara yang memaksa udara sejuk bergerak ke Gurun Sahara.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Anggun C Sasmi Miliki Beg Tangan Harga RM1 Juta, Netizen Tanya: “Duitnya Banyak Mana?”

gempak
24/08/2022
13:45 MYT
Netizen bercakap mengenai beg tangan Anggun!
Nusantara

Anggun jadi Artis Pertama dari Benua Asia Masuk Daftar 100 Artis favorit Prancis

gempak
30/06/2020
08:30 MYT
Nusantara

Anggun Pecahkan Rekor Rating Acara Mask Singer Prancis

gempak
15/11/2019
05:50 MYT
Nusantara

Senangnya Anggun Konser Bareng Sahabat Lama

gempak
02/07/2019
02:14 MYT
Berita

Dikecam Netizen, Anggun Bagi Penjelasan

gempak
20/12/2018
14:51 MYT