,
Laman Utama

Slank Ajak Ella ‘Pesta Demokrasi’ Di Konsert 4 Dekad Slank 19 November Ini

Maliah Surip
07/11/2022
08:00 MYT
Kumpulan rock berpengaruh Indonesia, Slank, tidak berasa ‘tergugat’ apabila tarikh Konsert 4 Dekad Slank jatuh pada hari penting penentuan bagi rakyat Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Konsert 4 Dekad Slank yang dibawakan oleh TBRW Global Sdn Bhd akan berlangsung pada 19 November 2022 di Zepp KL.
Mengaku tidak pernah membayangkan Slank akan melakukan konsert bertepatan dengan hari bersejarah di Malaysia, vokalisnya, Kaka berharap PRU-15 yang berlangsung berjalan lancar dan konsert yang bakal diadakan tidak memberi impak negatif kepada peminat.
Malah, Slank telah menyusun rencana hebat untuk pertemuan dengan para Slankers (peminat Slank) pada malam konsert. Apa lagi Slank dalam fasa merayakan 40 tahun penubuhan grup mereka.
“Apa yang pasti ia akan keren (hebat). Kami akan membawakan juga lagu lagu dari album terbaharu kami yang belum sempat dibawakan di Malaysia dan cuba memperkenalkannya di sini.
“Pastinya konsert ini akan menjadi sebuah persembahan yang berbeza dari sebelum ini,” janji Kaka sewaktu sesi temubual virtual bersama media minggu lalu.
Salah satu kelainan yang akan dibawa adalah Slank berkolaborasi dengan ratu rock negara, Ella.
“Kami peminat Ella, kami yang minta pihak penganjur untuk berkolaborasi dengan Ella.
“Kami akan berduet lagu dangdut popular yang telah kami sadur semula sebelum ini dan kebetulan ia memang sesuai dengan konsep duet.
“Semoga malam itu nanti menjadi pesta demokrasi buat kita semua,” ujarnya lagi.
Sementara itu, saat ditanya bagaimana Slank mampu bertahan dan kekal relevan selama 40 tahun, kumpulan tersebut mengaku resipinya adalah melahirkan album pada hampir setiap tahun.
“Jadi kita bikin album hampir setiap tahun, yang terkini akan keluar pada Disember depan. Kami tidak memberi ruang peminat ‘berpindah’ kepada muzik lain,” kata Kaka ketawa.
Dia kemudian menjelaskan usia 40 tahun Slank juga menyaksikan mereka lebih rileks, menikmati proses dan halangan yang datang.
Tiket Konsert 4 Dekad Slank berharga antara RM218 hingga RM418 masih dijual menerusi di https://www.ticket2u.com.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.