,
Laman Utama

Siti Nurhaliza Tangguh Konsert, Gantikan Persembahan Amal Demi Palestin

Maliah Surip
15/11/2023
02:52 MYT
Demi menghormati dan menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang masih berdepan situasi perang menegangkan, Dato Sri Siti Nurhaliza menangguhkan perancangan konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung Mac depan.

BERITA TRENDING: “Saya Tidak Pernah Nak Tempatkan Diri Di Tangga Pertama” - Siti Nurhaliza

Siti sebaliknya mahu menggantikan konsert tersebut dengan sebuah persembahan amal sekaligus mengumpul dana untuk Palestin.
“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan kerana kita berdepan dengan isu sensitif (perang di Palestin).
“Tapi saya bercadang untuk melakukan majlis amal di bawah yayasan saya, Yayasan Nurjiwa untuk mengutip dana dan sama-sama bersolidariti.
“Ini yang apa saya sedang fikirkan,” ujar Siti Nurhaliza yang ditemui selepas pelancaran BeauSiti memperkenalkan wajah baharu mereka, Rita Nadira di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Pada masa sama, Siti diminta mengulas tindakan syarikat rakaman Universal Global yang seoleh menyokong Israel dan melabelkan Hamas sebagai penjahat menerusi hantaran di Instagram rasmi mereka baru-baru ini.
“Mereke level antarabangsa tidak sama dengan saya.
“Apa yang disuarakan oleh Universal Global tidak sama langsung dengan pendirian saya.
“Saya tetap dan akan terus bersama Palestin.
“Saya 100 peratus dengan Palestin dan ini yang saya perjuangkan sejak dulu sampai sekarang,” tegas Siti.

PILIHAN PEMBACA: Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia

Penyanyi yang baru muncul dengan album Sitism itu juga menjelaskan dirinya tidak bernaung di bawah syarikat tersebut.
“Saya bukan artis mereka tetapi syarikat tersebut mengedarkan produk saya,” jelasnya.
Siti seterusnya menyeru rakyat Malaysia dan umat Islam agar terus berdoa dan tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam yang memerlukan.
“Saya difahamkan banyak bantuan yang tidak dan belum sampai kepada mereka. Jadi kita jangan putus memberi sokongan dan bantuan agar mampu meringankan beban saudara kita di sana,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar