,
Laman Utama

Siti Nordiana Sifatkan Suara Arwah Achik Spin 'Mahal' - "Merdu Ada, Lunak Pun Ada"

Izwan Isa
31/10/2023
03:55 MYT
Penyanyi Siti Nordiana menjawab kritikan orang ramai yang kurang senang apabila melihat dia berkongsi cerita kepada khalayak mengenai hubungan yang pernah terjalin dengan rakan duetnya, arwah Achik Spin.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, dia tidak berniat untuk kembali membuka cerita lama seperti yang dipersoalkan. Sebaliknya, penyanyi lagu Memori Berkasih itu hanya menjawab soalan yang ditanya oleh penyampai radio ketika memenuhi undangan ke konti.

BERITA TRENDING: Vokal Makin Merudum? Peminat Perasan Persembahan Siti Nordiana Tak Sebagus Ketika...

“Sebenarnya, cerita tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.
“Sebab saya sendiri pernah cakap dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nana turut bersetuju yang tiada rakan duet mampu menggantikan keserasiannya dengan arwah Achik.
“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat. Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.
“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Siti Nordiana Imbau Kisah Pernah Bercinta Dengan Achik Spin - “Dia Memang Ada Hati Kat Nana…”​

Terdahulu, Nana berkongsi tentang kisah cintanya dengan arwah Achik Spin ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR.

Pada perkongsian yang sama, Nana juga memberitahu arwah sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Terkini

Siti Nordiana Pertama Kali Beraya Tanpa Kehadiran Bapa - “Saya Tak Pernah Lalui Ramadan & Raya Tanpa Ayah”

gempak
10/04/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini buat pertama kalinya tanpa kehadiran bapa di sisi.
Hiburan

“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham

gempak
30/01/2024
08:06 MYT
Siti Nordiana menafikan bakal mendirikan rumah tangga seperti didakwa ramai susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.
Hiburan

EKSKLUSIF: Gambar Photoshoot Gaun Putih Tersebar, Siti Nordiana Bakal Kahwin?

gempak
28/01/2024
09:00 MYT
Kisah peribadi Finalis All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana pastinya sentiasa diintai peminat.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.