,
Laman Utama

Siti Nordiana Imbau Kisah Pernah Bercinta Dengan Achik Spin - “Dia Memang Ada Hati Kat Nana…”

Asyikin Mayudin
25/10/2023
05:55 MYT
Penyanyi Siti Nordiana mengimbau kembali kisah dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Allahyarham Achik Spin ketika zaman remaja.
Berkongsi mengenai perkara itu, Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana berkata dia mengetahui Achik mempunyai perasaan terhadapnya dan akhirnya membalas semula cinta penyanyi tersebut.
“Ini cerita lama la, cerita zaman monyet dululah… umur 15, 16 juga la masa remaja budak-budak. Masa itu Nana digosipkan dengan arwah Achik. Pergi mana-mana kan, bila digosipkan mesti kita rasa malu-malu dengan dia.
“Kira macam, dia memang ada hati kat Nana la, memang Nana tahu sebab selama ini kan dia pergi show, dia suka dan minat dengan Nana punya suara apa semua itu kita tahu la dia peminat kita.
“Jadi, okay la Nana pun balas la cinta dia. Balas cinta dia tapi sekejap saja la. Tak ingat berapa tahun, dari umur Nana 16, 17 begitulah,” kongsi Nana ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR.
Pada perkongsian yang sama, Nana juga memberitahu arwah sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop.
Malah, Nana juga berasa yakin Allahyarham Achik akan turut menyertai program Gegar Vaganza sekiranya masih lagi hidup.
“Nana rasa kalau dia masih hidup, mungkin dia pun masuk Gegar Vaganza kot. Sebab dia mungkin dia pun sangat memberi sokongan pada karier Nana juga.
“Even masa Nana dalam perceraian dulu, dia pun banyak bagi semangat kat Nana juga. Dia seorang kawan yang sangat baik la. Dia beri semangat, dia ceriakan Nana… sebab dia orangnya kelakar,” kata Nana.
Untuk info, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.
BACA SINI: All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana Akui Semput Sedikit Ketika Nyanyi Lagu Ngajat Tampi
@sinar_my Replying to @Mang Seri Jelita Nana mengaku dan dedahkan Nana dan arwah Achik memang pernah bercinta. Tapi jodoh tak panjang ? #BorakSelebriti #SINARKongsi #xyzbca #fypシ #trending ♬ original sound - SINAR
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Takat Kena Baling Telur Tu Dah Biasa Ya…” - Tomok

gempak
22/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi artikel di majalah MANGGA mengenai dia dan penyanyi Siti Nordiana yang disiarkan untuk edisi pada bulan Disember 2000.
Terkini

Siti Nordiana Pertama Kali Beraya Tanpa Kehadiran Bapa - “Saya Tak Pernah Lalui Ramadan & Raya Tanpa Ayah”

gempak
10/04/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana meraikan kedatangan Syawal pada tahun ini buat pertama kalinya tanpa kehadiran bapa di sisi.
Hiburan

“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham

gempak
30/01/2024
08:06 MYT
Siti Nordiana menafikan bakal mendirikan rumah tangga seperti didakwa ramai susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.
Hiburan

EKSKLUSIF: Gambar Photoshoot Gaun Putih Tersebar, Siti Nordiana Bakal Kahwin?

gempak
28/01/2024
09:00 MYT
Kisah peribadi Finalis All Stars Gegar Vaganza, Siti Nordiana pastinya sentiasa diintai peminat.
Gegar Vaganza All Star

Isu Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Dah Tutup Buku - “Segala Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah”

gempak
12/12/2023
02:55 MYT
Datin Alyah dah tutup buku.