,
Laman Utama

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta

Gempak
05/12/2023
09:03 MYT
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias, 39, atau Nana bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura Badron.
Memetik BHOnline, peguam mewakili Nana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif dan lima defendan.

BERITA TRENDING: Syura Dah Maafkan Siti Nordiana, Tapi Lan Solo: “Kalau Bab-Bab Berkaitan Mahkamah Ni…"

Katanya, mereka bersetuju supaya kes saman fitnah diselesaikan secara baik.
"Kes sudah diselesaikan secara baik, hari ini. Ini adalah persetujuan kedua-dua pihak.
"Persetujuan dilakukan dalam mahkamah selepas peguam berbincang dengan anak guam masing-masing dan bersetuju diselesaikan secara baik, pagi tadi," katanya.
Dalam pada itu, Abang Azlan berkata, persetujuan dilakukan mengikut terma dan syarat ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.
"Ada tiga terma penyelesaian. Pertama, tanpa liabaliti iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk memohon maaf.
"Kedua, plaintif tiada kebebasan untuk memfailkan semula saman ini. Maksudnya, perkara ini ada penghakiman persetujuan.
"Kalau plaintif tarik balik, jadi penghakiman persetujuan itu tidak wujud.
"Terma ketiga, tanpa perintah terhadap kos," katanya.
Bagaimanapun, Abang Azlan tidak dapat memastikan atau memberi jaminan mengenai hubungan antara kedua pihak selepas ini.
"Selepas ini, tiada apa-apa perbicaraan. Hubungan antara kedua pihak adalah subjektif, jadi saya tak pasti selepas kes selesai bagaimana keadaan mereka.
"Dari segi bagaimana mereka di luar bergantung kepada masing-masing," katanya.
Kes yang berlanjutan selama dua tahun itu membabitkan saman difailkan Nana terhadap Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38 dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.
Dua lagi, Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.
Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

BERITA TRENDING: Hadir Perbicaraan Pertama Kes Saman 5 Sekawan, Ini Harapan Siti Nordiana

Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya dia bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.
Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun IG masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.
Sumber: BHOnline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.