,
Laman Utama

"Sit Down, Bukan Berzina Dengan Perempuan Lain" - Dr. Say Ulas Isu Lelaki Curang

Amri Hassan
27/01/2021
00:55 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril tampil mengulas mengenai isu viral seorang bekas penyampai radio yang kantoi bermain kayu tiga dengan wanita lain.
Kata Dr. Say, sikap tersebut secara tidak langsung akan mendatangkan kesan negatif terutama tumbesaran anak-anak.
"Baru-baru ni panas isu seorang bekas penyampai radio curang dengan isterinya.
"Saya tahu ramai yang berang, saya baca pun saya berang. Bukan apa, kesian anaknya nanti bila tahu perangai sebenar bapanya suatu hari nanti.
"Tapi sabar, kita fikir rasional sejenak mesti ada sebab seseorang tu curang dak? Ke korang rasa lelaki memang miang, gatal telur sokmo nak kacau perempuan lain?" katanya.
Bagaimanapun, kata Dr. Say setiap tindakan individu itu berpunca daripada sesuatu hal yang tidak dapat diselesaikan pada asalnya.
Justeru, saran Dr. Say, komunikasi adalah kunci utama kepada setiap pasangan daripada berlaku curang kepada satu sama lain.
"Bagi saya semua yang berlaku pasti ada sebab, kiranya kenapa lelaki curang pun ada sebab.
"Contohnya isterinya bebel melampau ke, isterinya tak memuaskan kehendaknya ke, isterinya tak up to par dengan apa yang dia mahu ke.
"Tapi semua ni boleh bawa bincang wahai suami oiii. Ada apa tak puas hati, sit down and communicate bukan berzina dengan perempuan lain.
"Macam saya, tak puas hati bini bebel banyak saya beritahu dia “u bebel kencang ngat” dan dia luahkan balik saying “u suka tanya benda sama banyak kali”.
"From the communication kami improve kekurangan kami & somehow it brings us closer together," ujarnya.
Belajar daripada tauladan kisah semasa, Dr. Say turut berpesan pada dirinya agar sentiasa menjaga hubungan bersama pasangan.
"Saya bukan nak bongkak mane tau if something happens to my relationship someday tapi saya kongsi apa yang berkesan. Sebab kadar perceraian amat membimbangkan.
"Saya tak against poligami walaupun saya tak berapa gemar tapi saya sangat menentang curang.
"Kalau takde perasaan sangat kat isteri tu grow some balls & ceraikan dia daripada berkongsi bebola," pesannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar