,
Laman Utama

“Sistem Kesihatan Akan Lumpuh Jika Tak Total Lockdown” - Dr Adham Baba

Zulaikha Yusof
04/06/2021
00:15 MYT
Malaysia berdepan risiko sistem kesihatan lumpuh sepenuhnya menjelang 5 Jun ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau 'total lockdown'.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia pilihan terakhir kerajaan berdasarkan sistem penanda aras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merekodkan kes harian membimbangkan melebihi 8,000 kes sehari.
Menurutnya, hospital mencapai kapasiti maksimum dengan kebarangkalian tinggi untuk lumpuh apabila purata kes baharu berada antara 8,001 sehingga 13,000 sehari.
"Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan Covid-19 pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak awal Mei lagi, apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt meningkat antara 1.1 hingga 1.2.
"Pada penghujung Mei lalu, kita sudah mencapai tahap ketiga dengan kes tertinggi direkodkan sebanyak 9,020 kes dan itu adalah amaran untuk kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, KKM sudah mengambil beberapa tindakan ketika di tahap dua (kes harian 4,000 hingga 8,000) iaitu mengenal pasti lebih banyak hospital dan menukar fungsi wad biasa kepada wad Covid-19.
Beliau berkata, apabila berada pada tahap tiga hanya pemberian rawatan paliatif untuk pesakit berkemungkinan rendah sembuh dengan tidak memasukkan mereka ke unit rawatan rapi (ICU) sebaliknya memberi keutamaan kepada pesakit berkemungkinan sembuh serta mewujudkan kemudahan rawatan di luar hospital.
"Apa yang dibimbangi jika kes mencapai tahap empat iaitu purata kes harian melebihi 13,000. Ketika itu status penularan jangkitan adalah tinggi dengan keupayaan untuk respon rendah," katanya.
Katanya, negara berdepan peningkatan penularan jangkitan yang berpunca daripada pelbagai varian baharu, iaitu Afrika Selatan, United Kingdom, India dan Nigeria.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.