,
Laman Utama

Siri Sehebat Filem! Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton The Falcon and The Winter Soldier

Asraf Aided
12/05/2021
05:10 MYT
Berita baik buat penggemar karya dari Marvel Studios, siri The Falcon and The Winter Soldier (FAWS) akan ditayangkan di Disney+ yang akan dilancarkan di Malaysia mulai 1 Jun ini.
Menariknya tentang FAWS, meskipun ia dihasilkan berbentuk siri, namun kualiti keseluruhannya boleh dikatakan setanding filem di panggung!
Menurut penerbit eksekutif yang juga presiden Marvel Studios, Kevin Feige, pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menghaslkan siri yang berkualiti tinggi ini.
"Tidak semestinya sebuah siri tak boleh jadi hebat seperti sebuah filem, itulah yang telah kami usahakan dengan sebaiknya .
"Kami telah melalui pelbagai perkara, penat lelah, tangisan dan macam-macam lagi untuk menghasilkan siri ini," katanya dalam satu konferens virtual baru-baru ini.
Kevin menambah, permulaan dalam episod pertama FAWS memaparkan aksi hebat yang luar biasa.
"Kami selalu cakap, kalau nak hasilkan siri dengan adanya Falcon dan Winter Soldier, kami harus sekurang-kurangnya mulakan dengan aksi gempak yang tak pernah dilihat sebelum ini," katanya lagi.
Dibintangi oleh Sebastian Stan, Anthony Mackie, Wyatt Russell dan ramai lagi, siri ini mempunyai kesinambungan dengan filem Avengers: Endgame (2019) yang tentunya diminati ramai.
Sama-sama kita nantikan Disney+ Hotstar yang akan tiba 1 Jun ini.
Banyak filem dan siri menarik dari Marvel Studios, Disney dan macam -macam lagi yang and boleh saksikan di Disney+ Hotstar!
BACA: Rasmi! Disney+ Hotstar Bakal Tiba Di Malaysia 1 Jun Ini, Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

His Dark Materials S3: Penerbit Bagi Hint ‘Ending’ Gembira & Sedih…Yang Penting Fans Puas Hati!

gempak
26/12/2022
13:22 MYT
Wah dah episod akhir His Dark Materials S3
Laman Utama

Bekas Madu Mula Menggatal? Terkejut Lihat Siapa Di Sebalik Lembaga Bertopeng!

gempak
07/09/2022
09:42 MYT
Gempak Original Series, The Maid 2 hampir tamat!
Laman Utama

The Maid 2: Siapa Pula Lembaga Bertopeng?

gempak
31/08/2022
08:26 MYT
The Maid 2 semakin mendebarkan