gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”
HIBURAN
Hael Husaini Ajak ALPHA Sertai Konsert Sulung - “Saya Yakin Mereka Bukan…”
HIBURAN
Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia

gempak
Maliah Surip
18/06/2025
13:40 MYT
Sponsor Banner
Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia
Bintang Lilo & Stitch, David Hekili Kenui Bell dilaporkan meninggal dunia pada usia 46 tahun.
Bell meninggal dunia sekitar satu bulan selepas filem tersebut ditayangkan sekaligus membuat ramai peminat bersedih.
Berita kematian Bell yang membawa watak Big Hawaiian Dude dalam filem yang diadaptasi menjadi versi live action itu disampaikan oleh kakaknya, Jolene Kanani Bell di Facebook.
Aktor itu dilaporkan meninggal dunia pada 12 Jun dengan sebab kematian mengejut.
“Dengan berat hati kami ingin mengumumkan insan yang sangat manis, pemurah, berbakat, lucu, bijak dan kacak, adik kesayangan kami, David H.K Bell telah meninggal dunia.
“Saya mengambil masa untuk menyusun ayat membuat pengumuman sedih ini tapi perlu merelakan kepergiannya,” tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan NBC News.
Jolene dalam kenyataannya juga memberitahu Bell adalah sosok yang menjaga dirinya selama ini kerana tidak dibesarkan oleh seorang ayah.
“Saya membesar tanpa bapa dan David adalah orang yang telah memberi seluruh kasih sayang kepada saya. Saya percaya semua yang mengenali dia akan berasa kehilangan,” tambahnya lagi.
Sementara itu pihak agensi, Bliss Models and Talent, juga mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan Bell sebagai bakat yang luar biasa.
“David telah membawa sinar dan kebaikan dengan semangat yang hebat. Kami bertuah kerana telah mengenali dia,” bunyi kenyataan tersebut.
Selain Lilo & Stich, Bell juga pernah muncul dalam drama televisyen, Hawaii Five-0” pada 2014 dan “Magnum P.I.” (2018 dan 2019).
Topic Berkaitan
#Filem
#Meninggal Dunia
#Lilo & Stitch
Must-Watch Video