gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
PHM Nasihat Tanya Khabar Ibu Bapa, Makin Kurus Bukan Petanda Sihat Rupanya Tanda-Tanda Kanser
HIBURAN
Amar Baharin Dedah Terfikir Akan Meninggal Dunia Selepas Kayuh Basikal Bawah Suhu Panas 50 Darjah Celsius-  “Ya Allah, Aku Dah Nak Mati Ke?”
SUKAN
Anak Jati Terengganu, Hakim Danish Tunai Janji Pastikan Lagu Negaraku Bergema Di Sepanyol
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Siling Pawagam Runtuh Sewaktu Filem Captain America: Brave New World Ditayangkan

gempak
Maliah Surip
02/03/2025
15:48 MYT
Sponsor Banner
Siling Pawagam Runtuh Sewaktu Filem Captain America: Brave New World Ditayangkan
Kejadian tidak diduga telah berlaku di sebuah pawagam di Liberty Cinema, Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat apabila siling runtuh sewaktu tayangan filem Captain America: Brave New World.
Bagaimanapun dua orang penonton yang sedang menonton terselamat dan tidak mengalami kecederaan, lapor NBCNews.
Menerusi laporan sama, bomba dari The Wenatchee Fire Department menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 8 malam waktu tempatan pada Selasa lalu sebelum menemui dua penonton yang terselamat daripada runtuhan tersebut.
Malah mangsa turut berkongsi foto runtuhan siling yang berlaku sewaktu filem masih ditayangkan di skrin pawagam manakala video daripada pihak bomba pula menyaksikan kawasan yang ditimpa siling runtuh itu dipenuhi kayu patah.
Mangsa memberitahu mendengar bunyi yang kuat di bahagian atas sebelum melihat seperti ada benda yang akan jatuh.
Dia berlari ke arah skrin sebelum siling runtuh. Seorang lagi mangsa yang merupakan kekasih lelaki tersebut pula tidak sempat lari namun terselamat kerana runtuhan tersebut jatuh di belakangnya.
Pihak pawagam mengatakan runtuhan siling yang berlaku adalah diluar jangkaan serta bersyukur kerana tidak ada mangsa yang tercedera.
“Kami sangat bersyukur kerana tiada penonton tercedera dan akan memastikan siasatan dijalankan sepenuhnya,” tulis kenyataan yang diberikan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Hollywood
#Pawagam
#Captain America
#Siling
Must-Watch Video