Berita
“Sikat Rambut Suami Dan…”- Saharul Ridzwan Kongsi 7 Cara Berkasih Sayang Dalam Rumah Tangga
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi cara-cara berkasih sayang dalam rumah tangga yang diamalkan bersama isteri Qaabila Deena Emir.
Saharul berkongsi 7 cara yang dirasakan sedikit sebanyak boleh menerbitkan lagi rasa cinta buat pasangan.
“Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah:
“1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah "Abang, wangilah!"
2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat-kuat dalam bahasa Melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan
3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar
4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu
5. Mendengar dengan sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan
6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut
7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah.
“Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya cinta,” kongsinya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama isteri kepada sedang makan berdua di sebuah restoran.
Saharul dan Qaabila berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan sepasang anak Muhammad Luth Ali, 2, Fateema Azzahra berusia 3 bulan.
Must-Watch Video