,
Laman Utama

"Sign Up Kelas Online Boleh Kurangkan Depresi" - Netizen Bidas Kenyataan Che Nom

Amri Hassan
25/06/2021
00:25 MYT
Niat personaliti masakan YouTube, Che Nom untuk berkongsi tips untuk mengatasi depresi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang rasa jelik segelintir pengguna media sosial khususnya Twitter.
Che Nom tampil menasihati pengguna agar mengikuti mempelajari bidang baharu selain mendapatkan tidur yang cukup dan bersenam.
"Ambil peluang total lockdown ni untuk belajar sesuatu yang baru, signup for online class seperti Udemy, Linkedin Learning & Audible.
"Set objectives, timeline and challenge yourself. Objective, Learning & Challenges is proven to reduce depression.
"Tidur secukupnya, kalau boleh senaman diluar rumah, walking, running & exercise proven to combat depression as well," ciapnya. Bagaimanapun, ada antara pengguna media sosial yang menganggap perkongsian itu tidak kena pada masa.
"Faham tapi people are burning out.
"Saya sarankan Che Nom ambil peluang PKP ini untuk belajar empati," tulis sebahagian pengguna. Namun, ada yang beranggapan kaedah dan tips yang dikongsikan Che Nom bermanfaat serta terbukti berkesan.
Selain mengikuti pelbagai kelas atas talian antaranya kelas bahasa asing dan kursus singkat kulinari, ada juga yang mempertingkatkan kemahiran asas seperti menjahit dan memasak.
Malah, tidak kurang juga yang belajar mempertajamkan skil di dapur menerusi video yang dikongsikan Che Nom.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.