,
Laman Utama

“Sibuk Nak Suruh Kak Mitch Mengaku Banyak Kali Kak Mitch Bukan Robot” – Misha Omar Pun Gagal Dapat Slot Janji Temu

Fiza Kamarudin
27/05/2021
01:45 MYT
Semalam ramai yang meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila gagal membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua.
Antara rungutan diluahkan orang ramai ialah mengenai sistem yang kurang efisyen serta menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang.
Penyanyi Misha Omar juga antara rakyat Malaysia yang menghadapi masalah tersebut ketika mendaftar slot janji temu vaksin AstraZeneca dibuka tengah hari Rabu.
Misha berkata, cubaan bersama suami gagal apabila bahagian untuk pilihan negeri sangkut.
[[BACA: Netizen Bengang Gagal Tembus Tempahan Janji Temu Vaksin AZ]]
"Perjuangan masih belum selesai. Kami berdua suami isteri masih gagal dptkan temu janji vaksin. Corat coret nak daftar percubaan dapatkan vaksin hari ini adalah momen apabila 'page' untuk itu sangkut dan suruh pilih tempat.
“Tapi apabila kita klik dia buat tidak tahu. Tekan-tekan, 'geletek-geletek' dia reaksi tetap sama. Dia buat tidak tahu macam tiada perasaan.
"Selepas tekan 'refresh' isi semua butiran beberapa kali sampai jari kebas tapi tetap 'geletek' di tempat yang nak divaksin itu tiada sebarang reaksi.
“Saya berasakan cakap 'i love you' pada suami tahun ini pun tak sebanyak saya mengaku bukan robot di laman web vaksin Covid-19 tadi.
"Geram kita wak. Selepas beberapa ketika lepas ke 'page' seterusnya nak pilih tarikh. Tekan semua tarikh ya, tetap dia mainkan perasaan saya. Sejenis tiada perasaan ya. Buat keras cakap tarikh tak 'available'.
“Maka proses dari ayat pertama corat coret ini saya ulang sampai Abang Jamil kau pengsan," katanya.
Menerusi hantaran dimuat naik itu juga, Misha menasihati rakyat Malaysia supaya tidak berputus asa untuk mendapatkan vaksin.
"Perlumbaan yang sangat sengit. Tidak mengapa niat itu penting. Ingat kita jaga kita. Vaksin untuk lindungi diri sendiri dan menjaga orang sekeliling.
“Kita cuba lagi lain masa okay? Jangan sedih. Kita berlumba lagi untuk perlumbaan yang akan datang. Jaga diri, jangan keluar rumah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

gempak
27/08/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang mendakwa dirinya diculik pada Khamis lalu di Mersing, Johor tampil memohon maaf kepada orang ramai atas tindakan isterinya.
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

gempak
08/06/2024
11:34 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Huzz.
Viral

“Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

gempak
02/06/2024
11:55 MYT
Komposer, penulis lirik dan penyanyi Ajai mendedahkan inspirasi sebenar di sebalik lagu ciptaannya, Pulangkan.
Viral

Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju Orang Lama

gempak
31/05/2024
03:02 MYT
Seorang individu mendakwa yang dia dan rakan sebiliknya mengalami kejadian pelik selepas mendengar runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan yang dipopularkan oleh Misha Omar.