,
Hiburan

"Sibuk Mencari Cinta Di Luar, Sedangkan Rumah Tangga Yang Halal Dibiar Berantakan" - Puteri Sarah Kongsi Ujian Usia

Badrul Hashim
28/10/2020
05:30 MYT
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Puteri Sarah Liyana memuat naik satu perkongsian tentang ujian yang mula diterima apabila usia memasuki antara 35 tahun hingga ke 40 tahun.
"Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
"Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada-Nya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan-Nya," catat Puteri Sarah.
Tambahnya melalui perkongsian tersebut, orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalan mereka, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangan mereka, berjimat menyimpan untuk hari tua mereka dan berserta niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
"Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
"Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu.
"Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
"Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka.
Tambah Puteri Sarah lagi, setiap daripada kita hidup di dunia tidak lama, sambil berkongsi satu sabda daripada Nabi Muhammad SAW.
"Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja. Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya. Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak² Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan. Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda: “Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236]. Kredit : @igpesanbonda

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Pada penghujung entri tersebut, Puteri Sarah turut memberikan kredit kepada Instagram @igpesanbonda untuk perkongsiannya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Selepas Show Saya Terus Minta Maaf, Dia Kata…” - Kartina Aziz Terkejut Puteri Sarah Jatuh Terduduk

gempak
03/10/2024
03:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz tidak dapat menolak pelawaan aktres, Puteri Sarah Liyana untuk menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Gebu di program Muzikal Lawak Superstar (MLS4) minggu lalu.
Hiburan

Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

gempak
30/08/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan tidak mungkin akan merujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof  meskipun pengarah itu dikatakan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.
Hiburan

Dilabel Ratu Court, Puteri Sarah Nafi Sanggup Naik Turun Mahkamah Sebab Wang - “Kita Saman Orang Bukan Sebab Nak Duit”

gempak
30/08/2024
04:55 MYT
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan  kehadirannya ke mahkamah bukanlah sekadar suka-suka sebaliknya tindakan itu dilakukan kerana ada pihak yang menganggu ketenteraman hidupnya sehingga terpaksa membawa isu ke muka pengadilan.
Hiburan

Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”

gempak
30/08/2024
03:55 MYT
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menzahirkan rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Hiburan

Proses Mediasi Dilanjutkan, Puteri Sarah Harap Kes Dengan Bekas Pekerja Diselesaikan Dengan Tenang - “Life Is Short, Why Stress?”

gempak
01/08/2024
09:52 MYT
Proses mediasi tuntutan kes saman fitnah dan pecah amanah pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira dilanjutkan kepada sesi kedua pada 25 September depan.
Unitar