,
Hiburan

Sibuk Dengan Bidang Seni, Wafiy Tak Abai Pelajaran

Kamaruddin Razal
17/07/2018
10:12 MYT
Pelakon dan penyanyi cilik, Wafiy tidak mengabaikan pelajaran biarpun sibuk dengan dunia seni.
Pemilik nama penuh Mohd Wafiy Ilhan Johan, 16, ini menyedari pelajaran adalah aset untuk dirinya kekal dalam bidang seni di masa akan datang.
"Memang saya menggemari bidang seni dan suka bekerja dalam lapangan ini tetapi saya tidak akan mengabaikan pelajaran.
"Bagi saya, semuanya harus seiring. Saya sedar pelajaran akan menjadi bekalan untuk saya di masa akan datang. Selepas habis belajar pun, saya menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran di menara gading dalam bidang seni juga," kata bintang kelahiran Astro Ceria ini.
Dalam perkembangan terbaru, wajah Wafiy kini menghiasi rancangan Club Mickey Mouse musim kedua yang telah mula bersiaran pada 6 Julai lalu.
"Alhamdulillah, ini merupakan musim kedua saya terlibat dalam program ini. Saya sangat seronok bekerja dengan produksi yang menerbitkan Club Mickey Mouse dan gembira dapat bekerjasama dengan Mouseketeer lain," katanya.
Siri yang mengandungi 13 episod ini akan menyajikan kandungan dalam gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

bukan selasa,bukan rabu,tapi jumaat nie..guysss?

A post shared by W4F1Y_44N (@wafiy_aan) on

Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse musim kedua ditayangkan setiap Jumaat, 2.30 petang bermula 6 Julai 2018 di Disney (saluran 615). Ia juga dapat dinikmati menerusi On Demand.
Peminat juga boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube, www.youtube.com/DisneyChannelAsia
Teks: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Mereka Selalu Kongsi Pengalaman Tentang Latihan” - Sertai Real Men Malaysia, Sepupu Buat Wafiy Ingin Tahu Tugasan Bomba

gempak
13/07/2023
03:50 MYT
Cayalah Wafiy.
Laman Utama

Rancangan Realiti Paling Digeruni, Real Men Malaysia: Wira Merah, Buat Mental Hawa Rizwana & Jasmine Suraya Koyak!

gempak
12/07/2023
13:00 MYT
Bukan senang nak jadi bomba ya.
Laman Utama

Menampilkan Dua Mouseketeer Baru, Club Mickey Mouse Musim 4 Akan Ditayang 28 Julai Ini!

gempak
23/07/2021
13:20 MYT
Episod-episod baharu akan disiarkan sekali seminggu pada setiap Rabu.
Hiburan

Berlakon Sudah, Mengacara Pun Sudah... Kini Wafiy Muncul Dengan Single Pertama Berjudul Lat Tali Lat!

gempak
08/04/2020
05:35 MYT
Berita

Kalau Cecah 1 Juta Pengikut Instagram Sebelum 2020, Wafiy Ceria Popstar Akan...

gempak
18/12/2019
10:55 MYT