,
Laman Utama

Siapa Yang Terkena & Mengena? Semuanya Terjawab Dalam Episod Akhir Dukun Diva Malam Ini

Azwa Rahman
24/01/2022
11:04 MYT
Kemelut di antara Che Yah, Lola dan Datin DD di dalam drama bersiri Astro Originals, Dukun Diva sudah sampai ke episod finale.
Episod malam ini pasti akan menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran penonton sejak episod pertama.
Apa jadi dengan produk Datuk DD yang katanya mengundang kontroversi?
Siapa sebenarnya kaki kencing dan bagaimana hubungan Che Yah dan Lola akan berbaik semula? Anda tidak mahu melepaskan episod terakhir ini.
Terlepas episod terdahulu? Jangan risau boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.
Mengangkat kisah 'female con artist' dan 'anti-heroes' Dukun Diva sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.
Drama lapan episod ini mula menemui penonton mulai 6 Disember lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108).
Apa yang menarik mengenai drama Dukun Diva ini adalah dengan menampilkan watak utama diterajui wanita yang berdepan cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini.
Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam lakonan, membawa watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 1990-an, akhirnya menggunakan bakat dengan menyamar sebagai dukun.
Watak Lola pula ialah anak saudara Che Yah yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun.
Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD lakonan Emelda Rosemila.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Dukun Diva Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik

gempak
29/10/2022
16:16 MYT
Tahniah Dukun Diva
Laman Utama

Astro Menang 15 Kategori Di Asian Academy Creative Awards! Tahniah Nadhir, Beto, Nad Zainal, Dukun Diva & ...

gempak
05/10/2022
15:05 MYT
Semak senarai pemenang di sini..
Laman Utama

Jadi Pencuri, Eyka Farhana Rujuk Money Heist

gempak
11/01/2022
07:33 MYT
Wow! Wow! Wow!
Laman Utama

Lola Dah Start Dating Dengan Daniel & Dapat Tahu Rahsia Besar! Alamak Apa Pulak Ni...?

gempak
10/01/2022
11:45 MYT
Daniel buka rahsia depan Lola. Alamak rahsia apa tu?
Laman Utama

“Kalau Ambil Pelakon Berbakat, Ada 2,000 Pengikut Pun Karya Tu Boleh Berjaya…” – Nadia Aqilah

gempak
06/01/2022
11:35 MYT
Betul tu...pengikut ramai pun kalau berlakon 'out' tak best jugak!