“Siapa Pergi Vaskin I Kasi Mini Heart” - Jadi Sukarelawan PPV, Ramai Respect Usaha Daiyan Trisha!
Penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha sekali lagi berkongsi pengalaman ketika bertugas sebagai sukarelawan di PPV.
Menurut Daiyan, semalam dia bertugas di PPV Bangi dan telah seharian berada di sana.
“Memandangkan hari ini saya full day, saya ada lakukan beberapa rotation untuk fahamkan tugas stesen lain.
“Jadi i boleh buat kerja lain di check point berbeza. Best, dapat bersama-sama dengan frontliner,” katanya.
Tambahnya, menerusi tugas tersebut, dia kini faham kepenatan sebenar dialami petugas barisan hadapan.
“Rasa la sikit penat diorang macam mana walaupun baru beberapa hari. Terima kasih tak terhingga.
“Next week kita jumpa lagi. kat mana & hari apa, itu rahsia,” kata bintang Projek: Anchor SPM ini.
Terdahulu, Daiyan berkongsi rasa teruja selepas mendapat peluang bergelar sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Daiyan berkata dia telah menunggu untuk menjadi sukarelawan sejak Mei lalu dan bersemangat untuk menjalankan tugas baru pada setiap hujung minggu di PPV Bangi.
“Memulakan rutin mingguan sebagai sukarelawan di PPV. Saya menunggu sejak Mei untuk menjadi sukarelawan.
BACA : “Akhirnya Saya Bergelar Sukarelawan di PPV!” – Daiyan Trisha Gembira