,
Laman Utama

“Siapa Kata Petik Cili Alasan Minta Cerai? Polis Ketuk Pintu Dia Tak Buka” - Diana Danielle Dedah Cerita Sebenar

Mya Amri
03/04/2023
00:50 MYT
Pelakon Diana Danielle tampil mendedahkan perkara sebenar susulan suaminya, Farid Kamil mendakwa dia memfailkan penceraian disebabkan insiden petik cili anak keduanya, Aurora.
Menyangkal dakwaan suaminya, Diana menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya menjelaskan dia membuat permohonan penceraian dua hari sebelum insiden berkenaan.
“Siapa kata insiden petik cili adalah sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.
“Dia tahu, bukan tak tahu. Saya beritahu dia saya failkan penceraian. Dia kata silakan malah dia suruh saya percepatkan. Lepas tu sekarang? Buat-buat keliru?
“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan. Insiden petik cili membuatkan Aurora masih lagi takut untuk bertemu dia,” jelasnya pada Ahad.
Dia juga menjelaskan disebabkan Farid mengamuk, dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk membawa anak-anaknya keluar dari rumah.
“Saya tidak takut, Aurora berumur 8 tahun. Dia boleh berfikir. Kalau orang fikir saya yang suruh dia bercakap, sampai bila?
“Dia juga ada perasaan dan ambil masa berminggu untuk berhenti menangis bila kami sebut nama dia (Farid) dan kejadian itu.
“Jika anda fikir ia adalah insiden kecil, terpulanglah. itulah anda. Anda tidak boleh menafikan perasaannya.
“Dia boleh buat perkara ini nampak kecil tapi apa yang saya nampak, amukannya pada hari itu bukannya kecil.
“Kalau kecil kenapa waktu saya telefon polis untuk ambil kami di rumah, polis ketuk pintu dia tak buka? Mereka ketuk berejam.
“Menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan tapi sebaliknya kami terpaksa panjat sebab dia enggan buka pintu itu, kenapa?” jelasnya.
Dalam satu lagi hantaran, Diana juga seolah-olah meluahkan rasa putus asa untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Menarik apabila sesetengah orang boleh membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi tidak secara peribadi.
“Saya tidak mahu meminta apa-apa lagi, tidak akan minta apa-apa lagi. Sudah,” coretnya.
Terdahulu, Farid dalam satu temu bual bersama sebuah program mendakwa Aurora masuk ke rumah jiran dan memetik cili daripada pokok tanpa izin.
Sebagai seorang bapa, Farid menyatakan dia menegur sikap anaknya dan bertindak mendenda Aurora yang membuatkan Diana tidak berpuas hati.
Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid.
Untuk info, pada 20 Mac lalu Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar