,
Viral

"Siapa Banyak Wang Dia Menang" - Artis Visual Ini Hairan Vivy Yusof Nak Saman Dia Sebab Gambar Ini ...

Amri Hassan
22/05/2020
15:09 MYT
Artis visual Izat Arif Saiful Bahari hairan apabila foto yang digunakan untuk siri karya foto sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat notis amaran dari usahawan selebriti Datin Vivy Yusof.
Kata Izat, 34, tuduhan menerbitkan semula foto milik usahawan itu tanpa keizinan dianggapnya tidak berasas.
"Apabila saya mendapat surat elektronik tersebut, saya berasa agak hairan kerana tuduhan tersebut seperti tidak berasas.
"Saya juga berasa tidak pasti akan tuduhan dan tuntutan peguam itu kerana saya hanyalah seorang seniman dan tidak begitu arif dalam dunia perundangan.
"Saya tidak meminta kebenaran sesiapa untuk menggunakan foto itu kerana ini hal biasa dan dibenarkan dalam kerja kreatif yang mempunyai elemen-elemen satira dan kritikan," katanya kepada Gempak.
Jelas Izat, foto berkenaan tidak dijual dan masih menjadi hak miliknya biarpun pada mulanya ia merupakan sebahagian daripada siri 'RMO= RM 0' yang dipamerkan di akaun media sosial Galeri Ilham.
Bagaimanapun, Izat mengambil pendekatan untuk memadamkan foto terbabit kerana enggan memanjangkan hal tersebut.
"Dalam hal perundangan, seringkali mereka yang tidak mempunyai ‘privilege’ akan kalah walaupun berada di pihak yang benar dan betul.
"Siapa yang lagi banyak wang dan kuasalah yang akan menang.
"Saya padam kerana tidak mampu mengupah peguam untuk lawan di mahkamah.
"Para pekerja seni memang tiada sokongan institusi atau kesatuan dalam hal-hal begini. Bagi saya, ini masalah sistemik," tambahnya.
Perkongsian Izat di Instagram mengenai kandungan kiriman emel dari pihak yang tertera nama Vivy Yusof mencuri perhatian ramai di media sosial terutamanya Twitter.
Malah, situasi itu mendapat sokongan ramai yang beranggapan situasi itu seolah-olah kitaran karma.
"Akhirnya kebenaran akan terbongkar. Sangat mudah bagi pihak 'atasan' merendahkan atau memperkecilkan pandangan masyarakat.
"Kita juga boleh menyiasat dan cuba memahami situasi dengan sendiri. Tidak perlu lagi diberitahu, disuap dan dimanipulasi oleh yang berkuasa," ujarnya.
Siri 'RMO= RM 0' kata Izat mengumpulkan beberapa perkara dan isu yang menjadi topik perbualan sepanjang PKP antaranya sumber pendapatan, pencemaran alam sekitar, keadaan pelajar universiti yang terkandas di asrama, gelagat selebriti, serta tuduhan peniruan karya oleh Vivy Yusof.
Izat mula berkecimpung dalam bidaag seni visual sejak 2009 lagi dan situasi yang berlaku itu bukan kali pertama dalam sejarah kariernya sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

gempak
05/11/2024
01:11 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Hiburan

"Hidup & Mati Saya Di Rumah Ini " - Datuk Yusof Haslam

gempak
16/10/2024
03:55 MYT
“Hidup dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itu kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.
Hiburan

“Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

gempak
04/10/2024
07:25 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa syukur  apabila abangnya, Syamsul sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Viral

Selepas Logo NCT Dream, Kieda Crepe Didakwa Plagiat Logo Kelab Elephant Army?

gempak
23/07/2024
07:57 MYT
Selepas didakwa megambil logo kumpulan K-pop popular untuk rekaan baju t-shirt merchandisenya, pempengaruh Kieda Crepe kini didakwa menggunakan logo kelab Ultras Pahang, Elephant Army pula.
Unitar