,
Hiburan

Siap Dengan Lightstick! Event Avengers: Endgame Di Korea Ini Dah Macam Konsert K-Pop

Mya Amri
17/04/2019
15:12 MYT
Sebuah acara bersama peminat filem adiwira Avengers: Endgame yang berlangsung di Jang Chung Arena, Seoul Korea Selatan ternyata menarik perhatian netizen.
Berbeza dengan yang lain, acara kali ini boleh dikatakan hampir menyamai dengan konsert K-Pop.
Mana tidaknya, baik peminat mahu pun pihak media diberikan gelang dan tiket masuk yang tertera dengan nombor kerusi masing-masing.
Paling menarik, mereka yang hadir juga turut mempunyai lightstick yang sememangnya sinonim dengan konsert K-Pop.
Acara tersebut berlangsung dengan meriah dan pelakon Avengers: Endgame yang hadir iaitu Robert Downey Jr (Iron Man), Jeremy Renner (Hawkeye), dan Brie Larson (Captain Marvel) tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan terkejut sebaik sahaja lightstick dinyalakan dalam arena tersebut.
look at how much it surprise iron man and captain marvel pic.twitter.com/b8rtNQpM3O— 됴로로 (@dyororo_) April 15, 2019 Istimewanya lagi, nyalaan lightstick berwarna ungu itu merupakan kejutan buat pelakon dan kru Endgame sebagai tanda terima kasih mereka terhadap filem berkenaan.
Lightstick itu dinyalakan sebaik sahaja ayat “3,2,1, Thank You Avengers” dilaungkan.
Selain pelakon, Presiden Marvel Studios Kevin Feige serta duo sutradara Endgame, Joe dan Anthony Russo juga turut hadir ke acara tersebut.
Terdahulu, Avengers : Endgame bakal ditayangkan di Malaysia mulai 24 April ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

James Cameron, Russo Bersaudara Saling Ucap Selamat Setelah Avengers: Endgame Resmi Rampas Takhta Avatar Jadi Film Terlaris Sepanjang Masa

gempak
23/07/2019
12:49 MYT
Film

Avengers: Endgame Diulang Rilis Dengan Adegan Tambahan

gempak
20/06/2019
03:30 MYT
Hollywood

Dua Kali Sehari, Pemuda Ini Sudah Tonton Avengers: Endgame 110 Kali!

gempak
13/06/2019
05:17 MYT
Hollywood

Avengers: Endgame Tenggelamkan Titanic! Raih Kutipan Box Office Kedua Tertinggi Dunia

gempak
09/05/2019
06:08 MYT
Hiburan

"Mana Black Widow?" - Foto Iron Man Bersama Pelakon Wanita Avengers: Endgame Viral

gempak
05/05/2019
21:43 MYT