,
Hiburan

“Siang Semalam, Ibu Bawa Ayah Ke Klinik Sebab Kaki Bengkak, Perut Kembung” – Anak Sulung Arwah Pyanhabib

Asyikin Mayudin
05/06/2024
03:01 MYT
Anak sulung kepada pelakon Allayarham Pyanhabib iaitu Najihah mengakui dia sangat terkejut dengan pemergian bapanya pada malam semalam.
Berkongsi mengenai perkara itu, Najihah memberitahu dia yang ketika itu berada di rumahnya di Negeri Sembilan mendapat panggilan daripada ibunya, Zurina Zakaria yang hanya mahu dirinya pulang ke kediaman keluarga di Lembah Keramat.

Klinik

“Sebagai anak saya sangat terkejut dan sudah tentu bila dapat tahu ayah sudah meninggal saya menangis. Waktu dapat panggilan telefon saya sedang makan malam di rumah (Negeri Sembilan), saya terus berhenti makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon & Penyair Pyanhabib Rahman Meninggal Dunia

“Selepas dapat panggilan daripada ibu yang hanya cakap ‘balik’ tanpa memberi penjelasan apa-apa. Jadi, saya terus bergegas ke KL,” kata Najihah.
Dalam pada itu, Najihah berkata ibunya ada membawa arwah ke klinik pada waktu siang bagi membuat pemeriksaan kesihatan memandangkan bapanya mengalami kaki bengkak, perut kembung dan batuk.
“Siang semalam (Selasa) ibu beritahu dia bawa ayah pergi klinik sebab kaki dia bengkak, perut pun kembung dan ada batuk sedikit. Tapi doktor rujuk hospital, cuma minta tengok dulu lagi dua tiga hari macam mana keadaan ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali Terakhir Kami Bekerjasama..."

“Selepas Maghrib, keadaan ayah dilihat semakin lemah. Dia sempat buat panggilan video dengan saya dan cucunya. Ibu beritahu mata ayah dah tak nampak. Ketika itu memang keadaan dia dah lemah sangat,” ujarnya.
Sementara itu, Najihah turut mendedahkan dia hanya mengetahui bapanya sudah tiada selepas mendapat panggilan daripada rakan arwah ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
“Saya tak tahu apa yang terjadi di rumah sebab ada dua orang yang sakit iaitu ayah dan nenek. Tetapi dalam perjalanan pulang ke KL, kawan ayah ada telefon dan beritahu ayah sudah tiada,” katanya.
Pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.

ARTIKEL BERKAITAN: One Cent Thief Cipta Rekod! Jadi Drama Nombor 1 Di Platform On Demand Dengan Jumlah…

Berita pemergian seniman itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor iaitu Mohd Najwan Halimi.
Difahamkan, pelakon yang pernah membintangi Astro Originals One Cent Thief itu meninggal dunia seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 tahun.
Sementara itu, jenazah dimandikan di Masjid As Sobihin di Lembah Keramat, Ampang pada pukul 9 pagi, Rabu dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pada jam 10 pagi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.