,
Hiburan

"Siang Malam Makan 2 Keping Roti Canai, Air Kosong" - Belajar Dari Wabak SARS, Altimet Ada Emergency Fund

Amri Hassan
19/05/2020
02:52 MYT
Penyanyi Altimet mengakui setiap individu perlu punyai simpanan kecemasan bagi menyelamatkan diri sendiri apabila berlaku perkara tidak diingini seperti pandemik Covid-19.
Belajar daripada pandemik SARS yang pernah mengancam dunia suatu ketika dahulu, Altimet akui keadaan ketika itu sukar baginya.
"Banyak acara yang dibatalkan ketika berlaku SARS, kebetulan saya serumah dengan DJ Fuzz dan kami ada menyimpan duit untuk ke Jakarta sekitar RM2,000.
"Saya betul-betul tiada duit lain masa itu. Nak berbelanja hari-hari untuk duit poket pun susah tapi terpaksa tahan demi nak cari peluang di sana (Jakarta).
"Sampaikan ketika itu kami makan tengah hari pun dua keping roti canai dan air kosong. Malam pun sama... Kalau ada duit lebih sikit baru minum teh o panas.
"Kenyang ke tak? Memang tak la bhai," kongsinya menerusi sesi siaran langsung Instagram.
Berkat berjimat cermat, Altimet dan DJ Fuzz mendapat peluang untuk meneruskan kerjaya di Indonesia dan bertahan selama tempoh enam bulan seterusnya di sana.
"Itu mengajar kita disebabkan SARS, saya kena ada tabung kecemasan dan ia juga menolong saya dalam situasi sekarang.
"Tak kisahlah anda freelancer, yang penting ada tabung itu.
"Walaupun nak menyelam sambil minum air pun, pastikan jangan usik emergency fund. Simpanlah dalam ASB misalnya," kongsi Altimet.
“Kenyang ke? Memang tak kenyang la bai. But that happened.”
Dengan roti canai dua keping pun lepas ke Jakarta. Salute!#FinacialGoryTalks with @azraeimuhamad. pic.twitter.com/fjtuctc01h— #FinancialGory (@FinancialGory) May 19, 2020 Hal itu turut disokong oleh DJ Fuzz yang menggalakkan orang ramai menyimpan wang demi masa hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Berita

Cari Gula-Gula Dalam Tepung, Tarik Upih… Altimet Rancang Adakan Sukan Rakyat

gempak
09/04/2024
11:55 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet merancang untuk menganjurkan sukan rakyat bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan penduduk dikawasannya.
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Laman Utama

Baru Menang Beberapa Hari, Altimet Dah Terima Pelbagai Aduan Daripada Rakyat

gempak
14/08/2023
00:50 MYT
Selamat bertugas Altimet