,
Berita

"Si Kaya Tidak Pernah Siap Kain Kafan Buat Dirinya Meski Cuma Selembar" - Datuk Rosyam Nor

Elrafaei Sapi
12/10/2018
10:22 MYT
Kehidupan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor dianggap sempurna kerana mempunyai segalanya dari aspek kekayaan mahupun bisnes yang semakin berkembang tapi di sebalik kesibukkan itu, beliau tetap beringat pada Allah.
Pelakon yang pernah popular dengan watak Castello ini kebelakangan ini berkongsi cerita bisnes pasarayanya, ST Rosyam Mart yang semakin mendapat perhatian ramai.
Lebih kecoh apabila beliau menjual ayam sekor pada harga RM0.88 sen yang menyebabkan ramai pengunjung serbu ke pasarayanya yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Aktor berusia 51 tahun ini bukan saja dikenali sebagai pelakon popular yang pernah menang pelbagai anugerah atas lakonannya tapi beliau juga membuktikan dirinya sebagai usahawan yang berjaya.
Dalam status terkininya di Instagramnya, @iamrosyam, beliau memuat naik status dengan mengajak orang ramai bersedekah sebanyak RM1 sebagai mengambil keberkatan Jumaat.
Dalam status sama, beliau mengingat netizen di media sosial agar jangan terpedaya dengan harta kekayaan kerana golongan ini juga tidak pernah untuk menyiapkan kain kafannya sendiri.
Peringatan terhadap Allah yang sangat mendalam itu turut mendapat komen ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan itu.
"Waalaikumusalam terima kasih mengingatkan yang terlupa," kata @itsdinor.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @iamrosyam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

gempak
03/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
Hiburan

Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.
Hiburan

"Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor

gempak
22/05/2024
14:55 MYT
Memegang watak sebagai seorang guru menerusi filem Memoir Seorang Guru, pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor mengakui ia merupakan cabaran besar dalam karier seninya.  Pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin, 57, itu berkata watak Sunan yang dibawa agak berat kerana mewakili individu penting dalam kalangan akademik.