TERKINI
Shuib Wariskan Mikrofon Kesayangan Arwah Siti Sarah Untuk Thalita - “Pagi-Pagi Saya Dah Keluar Rumah Pergi…”
Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita akan mengunakan mikrofon arwah ibunya, Siti Sarah untuk membuat persembahan di Konsert Ajai & Mega Friends di Singapura esok.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Shuib memaklumkan sudah menghantar mikrofon tersebut untuk diservis sebelum diserahkan kepada anaknya.
“Pagi-pagi saya dah keluar rumah pergi hantar servis mikrofon ibu (Siti Sarah). Bila tekan ‘on’, keluar dekat skrin nama Sarah. Saya terpegun kejap,” tulisnya di Instagram Story.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhammad, 41, mikrofon tersebut merupakan mikrofon kesayangan isterinya dan kini akan digunakan oleh anak mereka sendiri di pentas besar.
“Mikrofon yang dulunya menjadi kesayangan ibu bakal diwarisi oleh anaknya sendiri dan akan digunakan di pentas yang sangat besar.
“Terima kasih untuk ‘cerita’ ini. Terlalu indah untuk dilalui. All the best Thalita. Nikmati perjalanan ini. Bismillah,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: Isu Thalita Kena ‘Pulau’ Rakan Sekolah, Ini Respons Shuib Sebagai Bapa - “Pada Mulanya, Agak Menjejaskan Emosi Dia Tapi…”
BERITA BERKAITAN: Nama Makin Popular, Thalita Dedah Layanan Rakan Sebaya Mula Berubah - “Memang Saya Kena Palau…”
BERITA BERKAITAN: Thalita Menangis Lantunkan Lagu Arwah Ibu, 3 Pagi ERA & Genji Buskers Tawan 5,000 Penonton Di Bukit Bintang!
BERITA BERKAITAN: Thalita Sebak Dapat Peluang Nyanyi Bersama 3 Pagi Era Di Bukit Bintang - “Rupanya Dia Terlalu Nak…”
Must-Watch Video