,
Laman Utama

Showcase 10 Tahun Shanell Harun, XFox Jewels Peragakan Barang Kemas RM1 Juta

Amri Hassan
03/11/2023
14:19 MYT
Pereka fesyen tempatan, Shanell Harun tampil mengadakan pertunjukan fesyen 'A Decade of Vows & Veils' sempena 10 tahun kecemerlangannya dalam industri fesyen.
Mengetengahkan 32 persalinan tradisional dan moden, tambah manis pertunjukannya kali ini tampil dengan kolaborasi bersama jenama barang kemas XFox Jewels.
"Hari ini semuanya tentang perjalanan saya selama 10 tahun dalam dunia fesyen, merakam kembali jatuh bangun selain menghargai pelanggan dan klien yang setia bersama sejak hari pertama jenama ini muncul sampailah sekarang.
"Tanpa mereka, label Shanell Harun itu sendiri tidak akan sukses sehingga ke hari ini. Saya percaya, kerjasama yang baik akan membawa kepada kepercayaan berterusan. Terima kasih juga kepada rakan media yang turut sama membantu.
"Besar harapan saya agar sokongan ini berterusan sampai bila-bila. Masing-masing saling memerlukan, jadi inilah dedikasi yang saya cuba terjemahkan setelah sedekad berada di dalam industri," ujarnya.

BERITA TRENDING: Hampir Maut, Pereka Fesyen Shanel Harun Kemalangan! - "Masa Tu Hujan Lebat Di LPT, Sesaat..."

Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell HarunMenerusi kolaborasi Shanell Harun dan XFox Jewels, Shanell turut terbabit dalam penghasilan rekaan barang kemas untuk dipadankan dengan rekaan busananya.
"16 persalinan bertemakan tradisional ini adalah 100% couture dan fabrik yang digunakan kebanyakannya French Lace, chiffon, georgette, sutera dan songket serta dihiasi dengan aksesori barangan kemas daripada jenama berkenaan.
"Saya kira ini rezeki apabila pengasasnya iaitu Datuk Suhaila Semaru dan Datuk Suraya Semaru optimis untuk melakukan projek istimewa ini lalu tercetuslah idea dalam penghasilan koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’.
"Saya ambil cabaran mereka barangan kemas untuk koleksi ini yang mana ia hadir dengan lapan rekaan edisi terhad yang berharga di antara RM35,000 hingga RM55,000 satu set. Untuk malam ini, apa yang dipamerkan berharga lebih RM1 juta keseluruhan.
"Ia merangkumi subang, kalung, gelang dan cincin. Pelanggan yang berminat juga boleh membeli item yang diminati secara berasingan dan diharap boleh memberikan idea kepada pelanggan di luar sana dalam berfesyen.
"Rasa senang untuk melihat padanan busana tradisional kita yang dilengkapi dengan perhiasan barangan kemas sentuhan baru yang tampak ‘classy’ dan mewah berbanding yang terlihat ‘sarat’, seolah-olah semua benda nak dipakai. Kalau boleh saya mahu ubah pandangan skeptikal yang sebegitu," tambah Shanell lagi.
Mengambil inspirasi kembali ke akar umbi, pemilihan nama ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’ dilihat tepat memandangkan pengasasnya berasal dari Terengganu.

Dua bulan siapkan 32 rekaan

Sementara itu, 16 helaian moden pula seperti biasa membawa ‘DNA’ Shanell Harun yang ‘timeless’ dan ‘evergreen’ khusus buat wanita bercita rasa tinggi.
“Tempoh masa 10 tahun membuatkan saya lebih matang dalam berkarya dah sudah tahu apa ‘signature’ kita dalam penghasilan. Tiada istilah untuk bereksperimental namun masih cuba untuk penuhi permintaan pelanggan tanpa meminggirkan ‘trademark’ Shanell Harun itu sendiri.
“Banyak ‘lace’ yang digunakan kerana ramai yang maklum kalau rekaan moden Shanell Harun, tidak lari daripada stail tersebut selain ‘signature’ menerusi perincian yang digunakan dalam setiap rekaan baju itu sendiri.
“Jadi pastinya koleksi moden kali ini banyak kita bermain dengan renda yang terdiri daripada French Lace, sutera yang dilapisi pada bahagian dalam untuk keselesaan si pemakai dan twill duchess.
“Lebih dua bulan masa yang diambil untuk menyiapkan 32 koleksi baharu pada malam ini dan lebih bermakna apabila para jemputan di barisan hadapan turut sama mengenakan persalinan Shanell Harun.
“Terharu dan saya berbesar hati apabila rakan selebriti yang memang setia dengan jenama ini turut hadir memberikan sokongan misalnya Ziana Zain, Kilafairy, Nadia Brian, Ernie Zakri bersama Syamel dan Zizi Kirana,” katanya.
Shanell Harun juga sebelum ini sinonim menghasilkan persalinan indah buat Allahyarhamah penyanyi Rohana Jalil, Maya Matahari dan Siti Sarah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Usah Jadi Mangsa Fesyen Ikut Trend 'Old Money'

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Bersiar-siar di bawah panas terik matahari dengan memakai kemeja lengan panjang, baju panas (sweater) yang diikat di atas bahu, digayakan bersama seluar panjang slack dan kasut kulit.
Gaya Hidup

Hebat! Rizalman Ibrahim Terima Lantikan Akademik Kedua, Kini Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

gempak
14/11/2024
09:44 MYT
Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Unitar