HIBURAN
Shila Amzah Muncul Dengan Single Baharu, ‘Pernah Punya Aku’ - “Ketika Itu Emosi Tak Stabil, Suami Saran Luah Melalui Lagu”
Penyanyi, Shila Amzah kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Punya Aku.
Dicipta dua hari ketika tempoh berpantang
Lagu tersebut merupakan sebuah karya peribadi yang ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Shila sendiri dan menandakan fasa kematangan Shila selepas 25 tahun bergelar anak seni.Pernah Punya Aku adalah buah tangan terbaru Shila selepas berehat panjang daripada berkarya dan hadir dengan penuh emosi serta kejujuran.
Mengimbau proses penulisannya, Shila menjelaskan bahawa lagu ini tercipta dalam tempoh hanya dua hari ketika masih dalam tempoh berpantang.
“Ketika itu, emosi saya tidak stabil. Suami saya menyarankan agar saya cuba luahkan apa yang saya rasa melalui lagu. “Dari situlah lahirnya Pernah Punya Aku. Ia bukan sekadar luahan tetapi juga proses penyembuhan buat diri saya,” jelasnya.
Proses rakaman 40 minit sahaja
Lagu ini dirakamkan dalam suasana yang sangat positif dan efisien dengan Genervie Kam bertindak selaku penerbit dan penggubah muzik.Genervie yang juga merupakan pengarah muzik wanita yang cukup disegani di Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Shila sepanjang proses rakaman yang hanya mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja untuk disiapkan.
“Saya rasa sangat selesa bekerja dengan Genervie. Beliau memahami saya sebagai seorang artis dan wanita. Proses rakaman sangat lancar dan berkesan,” ulasnya.
Menurut Shila, meskipun lagu ini menyentuh tema kekecewaan dan kesedihan dalam sebuah hubungan, namun tetap menyuntik unsur harapan dan kekuatan agar ia mampu menjadi ruang pemulihan buat para pendengar.
Berkaitan rapat dengan mesej dalam lagu ini, Shila memilih untuk memperdengarkan lagu tersebut terlebih dahulu kepada ibunya.“Walaupun lagu ini sedih, saya mahu pendengar tahu bahawa di balik setiap kepedihan ada jalan keluar. “Lagu ini adalah refleksi perasaan ramai wanita yang pernah ditinggalkan atau dikhianati tetapi dalam masa yang sama saya selitkan kata-kata semangat supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian,” jelasnya.
“Lagu ini saya tujukan kepada seorang wanita yang dicurangi dan ditinggalkan. Saya mahu ibu saya mendengarnya dahulu kerana dia lebih dekat dengan sudut pandang itu.
“Alhamdulillah, menurutnya, lagu ini sangat menyentuh dan menggambarkan apa yang pernah beliau rasa," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dibayar Tinggi & Dalam Mata Wang Dolar, Shila Amzah: “Saya Hanya Mampu Ucap Alhamdulillah…”
ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Rindu Nyanyi Lagu Bahasa Melayu Untuk Peminat - “Bukan Saya Tak Suka…”
ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Teruja Dapat Kenali Budaya Di Kelantan Setiap Kali Hari Perayaan - “Setiap Kali Balik Raya, Mereka Akan Bertanya…”
ARTIKEL BERKAITAN:Duet Dengan Wang Leehom, Shila Amzah Tak Sangka Dapat Satu Pentas Dengan Idola - “Lagu Forever Love Itu Sebenarnya…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Biarlah Masing-Masing Cari Bahagia Cuma Saya Terkejut Dengan Siapa Pilihannya” - Shila Amzah Perlu Masa Terima Ibu Tiri
Pernah Punya Aku merupakan single pertama daripada album penuh terbaru Shila yang akan dikeluarkan hujung tahun ini.Kredibiliti Shila Amzah sebagai seorang komposer terus diiktiraf apabila dia dipilih menjadi salah seorang komposer sebaris Ajai, Ikhwan Fatanna dan Audi Mok dalam program realiti nyanyian digital terbaharu, Raise The Star Malaysia yang kini bersiaran di Astro Ria.
Single Pernah Punya Aku terbitan Nova Music boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik mulai 29 Jun 2025.
Manakala siaran perdana muzik video rasmi lagu tersebut akan berlangsung di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari yang sama jam 3petang di pautan ini https://youtu.be/AspTIpnf7A0
Must-Watch Video