,
Hiburan

Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

Umirah Halim
26/10/2024
00:07 MYT

Isteri kepada penyanyi, Cat Farish, Shikin Maembong mendedahkan adiknya, Emma Maembong ada meminta nasihat berhubung kes cerai bersama bekas suami baru-baru ini.

Nasihat Emma

Kongsi Shikin, dia ada menitipkan nasihat agar Emma terus mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami demi anak-anak.

“Bila apa-apa berlaku di rumah tangga dia tidak membuka aib suami, salah faham atau masalah kita yang akan kawal perkara itu.

“Kalau luah dekat orang lain, mereka tiada di situasi itu, jadi ia akan merebakkan masalah tersebut.

“Sebagai kakak saya ada nasihat dan saya juga tetap mendokan yang terbaik.

“Yang mana buat dia gembira kami sokong sahaja.

“Yang penting hubungan dia dan bekas suami baik, kalau rasa tiada jodoh tidak mengapa tetapi hubungan harmoni itu masih dikekalkan kerana masih ada anak jadi untuk mengelakkan perkara lain,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong Menangis, Terkilan Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk - “Niat Nak Bantu Orang Susah, Ini Balasannya…”

Sementara itu, Shikin turut sempat berkongsi bahawa dia dan suami, Cat Farish turut menpraktikkan perkara yang sama bersama bekas pasangan masing-masing.

“Kami memang mengekalkan tidak bermusuh dengan sesiapa sebab ada anak.

“Contohnya macam saya dan Cat masing-masing ada bekas suami dan isteri jadi semuanya masih kekalkan hubungan yang baik,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Emma Maembong mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar secara baik dan sudah tamat menjalani tempoh idah.

Menurut Emma, dia memilih pendekatan tidak menghebohkan berita perceraiannya selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Hiburan

Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

gempak
07/11/2024
06:50 MYT
Umum mengetahui pelakon Idzham Ismail sah bercerai dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, selepas Mahkamah Syariah Klang mengesahkan lafaz cerai pada Isnin lalu.
Terkini

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

gempak
07/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.
Hiburan

Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali Bersama Bekas Isteri - "Kalau Saya Bersama Dengan Dia Balik, Adakah Dia Akan ..."

gempak
06/11/2024
21:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Idzham Ismail nekad tidak akan kembali bersama bekas isterinya, Siti Nur Abilah selepas sah bercerai talak satu pada Oktober lalu.
Hiburan

Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

gempak
06/11/2024
00:45 MYT
Jelas Idzham, perceraian yang berlaku dengan bekas isterinya disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Unitar