,
Hiburan

Shiha Zikir Tak Tiru Persembahan Artis K-pop - "Mungkin Kebetulan, Kalau Kita Berdiri Menyanyi Pun Semua Orang Buat"

Umirah Halim
05/03/2024
02:55 MYT
Mempertaruhkan lagu Kalam, penyanyi, Shiha Zikir menepis tuduhan meniru mana-mana artis lain bagi persembahannya di Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) semalam.
Menurut Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd. Zikir, 37, berkata perkara tersebut adalah kebetulan dan dia sendiri baru pertama kali melihat video tersebut.

BERITA TRENDING: Raih Tempat Ketiga AJL 38, Aina Abdul Tidak Terkilan - "Saya Dah Jangka Hasrat Akan Menang"

“Jujurnya saya pun ada tertengok juga dan saya tidak pernah langsung tengok persembahan K-pop itu, saya memang first time tengok semalam.
“Saya terkejut tengok video klip itu sebab saya pun kurang tengok persembahan luar dan yang banyak bantu bagi idea pun team saya.
“Tapi saya happy lah sebab rupanya dekat Korea pun ada buat macam tu.
“Mungkin kebetulan dan setiap persembahan tu sebenarnya kalau nak cakap pasal sama saya rasa kalau kita menyanyi berdiri pun macam semua orang buat.
“Jadi persembahan pentas ini kita tak boleh nak cakap tiru itu atau ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tampil dengan ‘terapung’ pada awal persembahannya semalam, penyanyi julukan Rossa Malaysia itu turut berkata, originaliti idea persembahan tersebut merupakan hasil perbincangannya bersama pengurusnya, Kamarul Arifin Baharun atau Arul.
“Konsep memang saya dan Arul dia lah mastermind untuk tentukan bagaimana kita nak hasilkan persembahan on stage dan untuk tarian saya memang banyak berbincang dengan choreographer saya.
“Hasil daripada brainstorm dengan Arul kita macam terfikir kenapa tak buat terapung pula sebab AJL tahun lepaas saya dah pernah terbang jadi kita tak nak buat benda yang berulang, jadi saya decide untuk terapung pula,” ujarnya lagi.
Walaupun tidak memperoleh sebarang sebarang kemenangan pada anugerah berprestij itu semalam, Shiha bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana gembira persembahannya berjalan dengan lancar.
Selain Kalam, AJL38 turut mempertandingkan 12 buah lagu keseluruhan termasuk Jangan Mati Rasa Itu, (Aina Abdul); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan banyak lagi.
Anugerah berprestij ini turut membawakan gandingan hos terkenal, Alif Satar dan Sherry AlHadad.
Terdahulu, hantaran seorang individu di Platform X tentang ‘originaliti’ persembahan Shiha semalam tular apabila keaslian persembahan itu dikatakan berasal daripada persembahan sebuah kumpulan K-pop, Kep1er.
Susulan itu timbul tanda tanya dalam kalangan netizen tentang keaslian idea persembahannya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Baju Kahwin Dah Siap Tiga Tahun Lepas" - Shiha, Arul Usaha Kahwin Tahun Ini, Enggan Tabur Janji Manis Kepada Peminat

gempak
13/06/2024
02:25 MYT
15 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Shiha Zikir dan kekasihnya, Arul Arifin Baharun akui sudah bersedia untuk berumah tangga.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

Sandera Raih Maklum Balas Positif, Mila Jirin Janji Untuk Kembali Aktif Dalam Bidang Nyanyian

gempak
19/05/2024
11:55 MYT
Agak lama tidak muncul dengan buah tangan baharu, penyanyi Mila Jirin tampil dengan single terkini berjudul Sandera.
Hiburan

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

gempak
20/04/2024
06:57 MYT
Jangan tanya soalan sensitif.
Hiburan

Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”

gempak
07/03/2024
09:55 MYT
Tak propa ye, semua tu real