HIBURAN
Sherry Alhadad, Bell Ngasri & Nas Muammar Zar Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Shah Alam
Membawakan konsep “Tengok Hari Ini Dan Esok Boleh Beli”, program realiti drama masak pertama di Malaysia, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai masakan yang sudah di masak dalam rancangan tersebut.
Bertapak di bazar ramadan Shah Alam, gerai Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu undangan dalam program tersebut antaranya Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Nas Muammar Zar.
Menurut Sherry, dia berasa teruja dapat terlibat dalam program ini serta berpeluang menjual makanan di bazar Ramadan.
“Saya rasa seronok sangat dapat menjual makanan di bazar kerana boleh berinteraksi secara terus dengan peminat dan pembeli.
“Lagipun, sebelum ini saya pernah ada pengalaman berniaga, cuma bukan dalam bidang makanan. Saya hanya menjual pakaian. Jadi, bila turun padang macam ni, saya okay je. Tak kekok,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya, walaupun sudah lama meninggalkan dunia perniagaan, dia masih selesa dan tidak kekok untuk berniaga semula.
“Walaupun dah lama tinggalkan, tapi saya masih okay sahaja untuk lakukan aktiviti berniaga di bazar ni,” jelasnya.
Dalam pada itu, watak utama dalam program tersebut juga berkongsi keterujaannya melihat hasil jualan makanan yang laris di bazar.
“Yang bestnya bila dah habis jual, kita dapat tengok hasil jualan tu. Bila hasilnya memuaskan, perasaan tu sangat gembira.
“Sebab itulah ramai suka berniaga. Kita mulakan dari kosong, jadi bila usaha kita berhasil, kepuasannya lain macam,” tambahnya.
Selain Nas dan Bell Ngasri, program yang dikendalikan oleh Che Ton (Sherry Al-hadad), Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) turut menanmpilkan watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel) serta ramai lagi.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan#DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
BERITA BERKAITAN: Ropie, Zarina Zainoordin, Ezu Hashim Turun Padang, Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
BERITA BERKAITAN: Tony Eusoff, Joey Daud & Evertts Gomes Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Shah Alam
BERITA BERKAITAN: Ezu Hashim Jadikan Nana Mahazan Rujukan Untuk Pengacaraan - “Saya Suka Dia Sebab…”
BERITA BERKAITAN: Dapur Goodday Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton: Nadia Brian, Bidin Alzaifa & Anas Ridhuan Pula Ambil Alih, Masak Ayam Buttermilk, Kacang Coklat Dalam Balang
Must-Watch Video