ASTRO GEMPAK ARTICLE
Kongsi Gambar Di Instagram Stories, Karel Susanteo Beri Ucapan Hari Jadi Istimewa Buat Anna Jobling
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo mencuri perhatian apabila berkongsi gambar bersama aktres, Anna Jobling.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Karel dilihat berkongsi sekeping gambarnya bersama dengan Anna ketika majlis resepsi abangnya, Adriel Susanteo.
Gambar tersebut dipercayai sebagai ucapan ulang tahun kelahiran pelakon yang popular dengan drama, Syurga Itu Bukan Mudah.
Meskipun terlihat ringkas namun gambar itu kelihatan sangat romantis dengan emoji berbentuk Hati berwarna merah.
“25 Hati (Emoji),” tulis Karel ringkas.
Sebelum ini, warganet sudah pun berteka-teki tentang status hubungan mereka selepas beberapa kali melihat pasangan ini muncul bersama di media sosial.
Namun, Anna pernah menjelaskan kepada media bahawa kemesraan mereka hanyalah atas dasar persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, sekali gus menafikan sebarang hubungan istimewa.
Must-Watch Video