gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Pernah Impi Jadi Macam BTS, Ray-D Bangga Debut Bersama A7PHA - “Saya Memang Nak…”
HIBURAN
Naim Daniel Syukur Keluarga Bagi Sokongan Penuh - "Mereka Pun Turut…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sheqal Meninggal Dunia Dalam Tidur

gempak
Asyraf Roslan
17/06/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Sheqal Meninggal Dunia Dalam Tidur
Penyanyi, Sheqal dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada jam 12.31 tengah hari pada Selasa.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Normah Mohd Yusoff,58, ketika dihubungi Gempak.
“Ya Abang Sheqal sudah meninggal dunia di hospital. Tapi dia meninggal dunia dengan tenang, dalam tidur,” katanya.
Dalam pada itu, Normah turut berkongsi jenazah suaminya akan dikebumikan di kampung halamannya di Raub, Pahang.
“Dia akan dibawa kebumi di kampungnya di Raub,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara pada era 1990-an itu dilaporkan ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 6 Jun lalu.
Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin, kini perlu menggunakan kerusi roda akibat empat kali diserang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir tiga tahun lalu.
Sheqal turut menghidap sakit buah pinggang tahap empat. Sebelum ini, Sheqal ada berkongsi ldia kini tidak lagi mampu bekerja sejak diserang angin ahmar sejak 2023.
Berikutan penyakitnya, Sheqal berkata, perniagaannya terjejas, malah tidak lagi boleh menyanyi, justeru menzahirkan minatnya terhadap seni menerusi menulis dan melukis.
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Sheqal
#Normah Mohd Yusoff
Must-Watch Video