,
Laman Utama

Sharnaaz Ahmad Puji Bekas Isteri - “Kalau Bab Agama, Alhamdulillah Didikan Nabila…”

Asyikin Mayudin
03/03/2023
08:55 MYT
Meskipun sudah tiada ikatan, namun pelakon Sharnaaz Ahmad tetap masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Malah kehadiran Sharnaaz yang turut menghantar Nabila bersama anak mereka, Jebat Jayden dan keluarga di lapangan terbang untuk menunaikan umrah baru-baru ini juga mendapat perhatian.
Terbaru, Sharnaaz menerusi laman Instastory memuat naik semula foto anak lelakinya yang berada di Tanah Suci bersyukur dengan cara didikan bekas isterinya dalam soal agama.
“Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion!” puji Sharnaaz.
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini juga secara berseloroh berkata bab didikan huru-hara berikan kepadanya.
“Tapi! Bab didikan haru bin biru bin hara! Serahkan pada al king of anak antoo… I love u my little anak antoo @jebatjavden,” kata Sharnaaz.
Seperti yang diketahui, Nabila termasuk Neelofa sekeluarga kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Apa yang menarik perhatian adalah kelibat Sharnaaz turut berada di lapangan terbang menghantar bekas keluarga mentuanya berangkat ke Tanah Suci.
Sebab Jebat turut serta dalam rombongan ke Mekah, jadi Sharnaaz juga ada di sana. Ramai yang memuji Sharnaaz kerana mengetepikan ego dan berkumpul dengan keluarga bekas mentuanya.
Untuk info, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum mereka sah bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.
Dua tahun kemudian, Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkenal Engku Emran pada Mac 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Terima Kasih Untuk 5 Tahun Ini, Aku Akan Berusaha Kuat Demi Kebahagiaan Anak..” - Cut Intan Nabila Beri Bayangan Perkahwinan Akan Berakhir?

gempak
24/08/2024
01:55 MYT
Kisah pempengaruh Cut Intan Nabila yang didera suami, Armor Toreador masih menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Hiburan

Pandu Kereta Dengan Lesen Tamat Tempoh, Nabila Razali Mohon Maaf – “Semoga Jadi Pengajaran”

gempak
20/08/2024
05:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans lalu.
Viral

Tak Tahan Dicurangi, Cut Intan Nabila Muat Naik Rakaman Dibelasah Suami, Anak Masih Bayi Pun Kena Tendang

gempak
13/08/2024
23:29 MYT
Personaliti media sosial Cut Intan Nabila  tampil memuatnaik rakaman litar tertutup memaparkan detik-detik dia dibelasah oleh suaminya iaitu Armor Toreador.
Hiburan

Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik Lambat..”

gempak
04/06/2024
01:55 MYT
Penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa sebak apabila sudah tidak tidur bersama anak-anaknya untuk beberapa hari kerana sibuk menjalani latihan untuk rancangan The Hardest Singing Show (THSS).
the-hardest-singing-show

THSS: ‘Ghaib’ Atas Pentas, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi Sebanyak 94.63 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Peserta!

gempak
03/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Ayda Jebat telah merebut semula takhtamya sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu keempat dalam pertandingan The Hardest Singing Show.