HIBURAN
Sharifah Sakinah Jawab Dakwaan Melibatkan Minuman Keras - “Kalau Kita Nak Buat Jahat, Tak Perlu…”
Pelakon Sharifah Sakinah tampil menjawab dakwaan segelintir netizen mengenai minuman keras yang dilihat menerusi sebuah video yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini.
Biar netizen buat spekulasi
Menerusi temu bual bersama program hiburan, Sakinah bagaimanapun enggan memanjangkan isu itu dan membiarkan sahaja apa yang difikirkan netizen.
“Kalau kita nak buat jahat, tak perlu buat secara terang-terangan. Kalau mereka fikir itu adalah arak, ikutlah.
“Kalau nak husnudzon, husnudzon la… saya serahkan segalanya kepada mereka,” kata Sakinah.
Tak boleh tutup mulut netizen
Berhenti menghukum seseorang berdasarkan luaran, aktres berusia 36 tahun itu berkata dia sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang netizen ingin katakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dalam Diam, Sharifah Sakinah Dedah Sudah Bernikah Kali Ketiga - “Saya Mohon Maaf Kerana…”
“Tetapi kita tidak akan pernah boleh untuk tutup mulut netizen. Saya tidak pernah balas (komen netizen).
“Kalau balas dan mengatakan tidak nanti ada pula yang akan kata..’betullah yang itu adalah arak’. Tolonglah berkata baik, kita tak boleh nilai pakaian seseorang dan walaupun kehidupan dia seperti ke arah barat.
“Kita kena hormati budaya. Bila berada di Malaysia kita kena jadi orang Malaysia, begitu juga bila di sana. Tetapi nasioalisme sebagai orang Melayu itu tetap tinggi,” katanya.
Must-Watch Video